26 April 2010

FRIENDSHIP AWARD DAN TAG PEMBERIAN DARI YATIE...

Salam.... award dan tag lagi... apa apa pun terlebih dahulu terima kasih Kakintan ucapkan kepada Yatie- yang kini jauh merantau diLOUISIANA UNITED STATE kerana sudi memberikan Kakintan beruang yang comel ni..he..he...masa kecik kecik dulu Kakintan tak merasa pun dapat patung beruang ni ...dah tua tua ni baru la nak dapat... ha..ha...Dah dapat beruang ni kena lah pula penuhi syarat syarat yang diberikan antaranya:-
1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD.
He...he....siapa lah kita ni kan nak dapat Grammy Award...bukan nya artis pun..tapi Kakintan dah letak dah kat atas ni sebagaimana yang disyaratkan.

2. BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI:-
OK...pemberinya ialah Yatie sebagaimana yang Kakintan beritahu mula mula tadi..LINK NYA kat sini (http://yatiememories.blogspot.com/) atau SINAR KEHIDUPANKU nama websitenya tu....

3. TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE -KHAMSAH?..KENA JAWAN 10 SOALAN - DAN SETIAP 1 DENGAN 5 JAWAPAN..WOWWW:-
Insyaallah , Kakintan akan cuba sebaik yang mungkin ya..

4. 5 NAME THAT PEOPLE CALL YOU:-

INTAN- dikalangan kawan kawan, jiran jiran dan ahli keluarga
KAKINTAN- diantara blogger blogger, kawan kawan cyber dan juga adik2 yg
lebih muda
ACIK INTAN- dikalangan anak anak saudara sebelah Kakintan, anak anak yg
Kakintan jaga.

EMAK- diantara anak anak Kakintan.
KAMARIAH- huhuuuuu ini dizaman persekolahan Kakintan dulu, begitu juga dengan kawan kawan sekolah yang masih mengenali hingga sekarang.

5. 5 IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:-
Sudah tentu lah BIRTHDAY anak anak kan...
JIMMY- 24 OGOS
ABG NGAH- 31 OGOS
EZZAT- 9 MARCH
Birthday suami- 1 Oktober
Ulang tahun perkahwinan - 29 Oktober.

6.5 THING YOU DONE YESTERDAY:- apa ye...
Pepagi jam 5 bangun tidor, lepas tu mandi dan solat subuh.
Keluar rumah 6 pagi sebab dah janji dengan geng2 untuk ke suatu tempat.
Call Hubby yang berada diSHAH ALAM kerana mengikuti satu program dengan TV 9.
Ajak Geng Kakintan singgah makan makan disatu gerai peberet kat Sri Gombak.
10 malam belikan makanan untuk anak anak yang tak berapa sihat, diorang nak makan satay dan juga sup daging.

7. FIVE WAYS TO BE HAPPY...
Waktu waktu dapat berkumpul seisi keluarga.
Dapat bertemu dengan geng geng blogger.
Dapat bertemu geng "MAK CIK KANTIN" kat VI
Dapat barang barang yang menjadi idaman kolbuuuuu...
Bila En.Hubby kata masakan Kakintan hari tu paling sedap "dalam dunia"...wahhhh bukan senang tau nak dapat ni....he..he..

8. 5 FAVOURITES MOVIES:-
Cerita cerita seram (tapi jangan la seram sangat)
Cerita cerita kelakorrrr
Cerita yang banyak aksi kuntau tu...macam Bruce Lee tu.
Cerita yang ada JAMES BOND- paling minat ni ...sebab banyak aksi yang bagi Kakintan suspend je..
Cerita yang tangkap syahdu... ini dulu la...macam cerita Hindustan tu...tapi sekarang dah lama tak tengok cerita2 Hindustan. Rasanya dah bertahun tahun..lepas je cerita meletop letop Shah Rukh Khan - Kajol tu lupa la apa nama nya dah... he...he...oh ya baru ingat KUCH KUCH HO TA HE (betul ke Kakintan tulis tu- kalau salah maaf la)

9.5 FAVOUFITES HOBBIES:-
Memasak kalau tak suka memasak tak makan la isi dalam rumah Kakintan ..
Menjahi- suka sangat terutama kalau menjahit curtain.
Mengemas. Kalau tak minat mengemas entah apa jadi la dengan rumah Kakintan ni...dah la anak dara sorang pun tak ada...huuuuuu....
Window Shopping- sebelum membeli sesutu barang memang Kakintan suka pergi survey dulu...dah betul betul berkenan dan harga nya berbaloi baru beli.
Dapat hobby baru ni semenjak dah nak menjangkau usia 50an la pulak iaitu bermain bowling...sebab dengan bemain bowling kita dapat release tension..kenapa nak tahu? Masa baling bola tu , seolah kita melepaskan geram macam tu juga bila kita menjerit, rasa macam hilang semua yang terbuku dihati.

10. 5 FAVOURITES PEOPLE:

Semestinya lah
Suami yang dah bertahuntahun hidup bersama kita.
Anak anak yang kita lahirkan dan itulah juga harta didunia dan diakhirat.
Ibu ( yang masih ada didunia)-arwah ayah dan juga arwah keluarga angkat yang membesarkan Kakintan.
Adik beradik Kakintan.
Kawan kawan Kakintan tak kira dialam nyata dan juga dialam cyber.

11. 5 FAVOURITE PLACES FOR VACATION:

Pertama tamanya kalau diizinkan teringin sekali menziarahi makam makam Nabi sambil berbuat Umrah' - Negara Arab la ni maksudnya..
Italy- anak Kakintan kata kat sini best untuk shopping sebab dia dah pergi.
Switzerland- yang ni pun katanya pemandangan nya cantek cantek..berangan je la kan...
Pantai pantai peranginan sekitar Malaysia ni
Phuket Thailand... suami Kakintan dah pergi , kat sini bolih tengok macam2 he..he..tu yg nak tau tu...

12. 5 REASON YOU ANSWER THE SURVEY:-

-Semestinya ia bagaikan amanah dari kawan kawan.
Terasa terharu sebab ianyabagaikan satu penghargaan dari kawan2
Dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan.
Dapat mengenali lebih jauh lagi tentang diri seseorang.
Dapat memanjangkan lagi tag ini pada kawan kawan yang lain.

13. 5 PERSON TO TAG...

1. BEN ASHAARI.
2. SHIORI
3. HAMSIAH JUNID.
4. JUNE
5. INTAN'

Fuhhhhhhhhhhh.....siap dah pun kerja sekolah yang Kakintan dapat ni...ok lah pada nama yang kena tag tu silalah menjawab nya pula ya...Ok salam semua...bye..bye...

25 April 2010

AWARD DARI FIDA AMIDA -DUBAI

Salam dan bersua kembali dihari Isnin ini... sebenarnya beberapa bulan yang sudah Kakintan telah pun menerima award ini dari kawan kawan blogger disini... tapi kali ini award yang sama ini juga Kakintan terima dari salah seorang blogger yang tinggal diDubai iaitu dari Fida@ Amida (JOURNEY OF MY LIFE IN DUBAI) nama blognya dan link nya pula ialah http://www.amida-dubai.blogspot.com/. Dari apa yang Kakintan ketahui Fida seorang ibu kepada 2 orang anak (lelaki dan perempuan) , seorang surirumah yang rajin masak memasak dan juga berniaga.
Kalau ingin mengetahui lebih lanjut tentang Fida bolih la anda semua kewebsite Fida ya... Pada Fida, Kakintan ucapkan terima kasih berbanyak banyak dengan pemberian ini...rasa seronok sangat dan terasa dihargai sesangat la.... walhal Kakintan bukan lah seorang blogger yang tegar, Kakintan hanya suka suka ingin berkongsi sesuatu dengan orang lain tentang aktiviti seharian Kakintan disini. Selain daripada itu ianya dapat menambahkan lagi ramai kenalan dialam cyber ini. Ok lah sekian dulu catatan Kakintan pada petang ini. Salam dan bye.. bye...

24 April 2010

SEJAMBAK ROS DARI AZATIE PULA...BEST NYA...

Salam...he..he...ada lagi la...tapi kali ini Kakintan dapat bunga pula, bukan nya sikit sejambak tuuuuu... Kakintan terima bunga dari salah seorang blogger yang rajin masak memasak ni...sapa lagi kalay bukan azatie (http://azatiesayang.blogspot.com/). Azatie..terima kasih banyak banyak ya...kalau ada lagi bunga bunga ros ni jangan lupa bagi Kakintan lagi tau... Kakintan sememang nya peminat bunga ros... tambah tambah lagi kalau yang warna nya merah macam ni lagi lah suka...
Pada sesiapa yang nak singgah keblog Azatie ,diatas tu Kakintan ada sertakan link untuk keblog nya.Ok... Kakintan nak out dulu... lain kali Kakintan cerita cerita lagi kat sini...salam dan bye ... bye...

23 April 2010

AWARD DARI NONIE...THANKS.

Salam semua dan selamat berhujung minggu... kemana gaknya cuti cuti hujung minggu begini... itu pada yang bercutila..pada yang bertugas..selamat menjalankan tugas masing masing ya...
Semalam masa buka blog sendiri, mata terpandang kat SM box kat tepi ni ada mesej dari Nonie (http://nonieeman.blogspot.com/) suruh datang keblognya untuk terima award...he...he...macam terima hadiah rasanya..seronok sangat..terima kasih Nonie ya...sapa sapa yang nak menjelajah keblog Nonie bolih la pergi kat link yang Kakintan dah sediakan tu. Lepas tu Nonie kata award ni kena bagi kat 12 orang yang lain...ishhhh sapa la Kakintan nak kasi ni ya...kejap Nonie Kakintan nak letak penama jap (he...he.. macam nak letak penama kat KWSP pulaknya) ...ok Kakintan akan fowardkan sekuntum bunga ni pada sesiapa saja yang berkunjung keblog Kakintan ni...nak letak nama nanti ramai sangat tak ingat...ada yang sebut ada yang tak disebut, takut takut ada yang berkecil hati pulaknya...O.k lah sesiapa yang singgah nanti sudilah terima bunga tu untuk ditampalkan diblog masing masing tanda semoga tambah erat persahabatan kita di dunia cyber ini nanti ..setakat ini dulu coretan Kakintan pasal award ni....salammmmmmmm...& bye...bye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...