28 April 2010

BABY AYRA...DAH MASUK WARD JUGA....

Salam semua, lepas sorang sorang baby yang Kakintan jaga masok ward, hari tu baby Rayyan, kini siAyra pula, walau pun Kakintan dah tak mengasuhnya semalam ibu kepada Ayra (Anis) menalifon Kakintan kini dia berada di Ward diPusat Rawatan Islam Jalan Tun Razak menjaga Ayra demam panas.

Alahai macam mana la siAyra didalam ward ni gak nya .... ingat nanti nak juga menziarah nya pada sebelah malam, sebab sebelah malam saje waktu Kak Intan free, sebelah siang memang tak bolih mana dengan mengasuh anak yang lain lagi, dah tu yang bersekolah dan Hubby juga bekerja. Nasib baik lah malam malam pun diberi kemudahan pihak hospital untuk melawat yang sakit.Ok lah nanti malam Untie Intan datang ziarah ya Ayra... harap harap Ayra tak berpanjangan tinggal disitu, dan semoga Ayra cepat semboh ya. Salam dan bye ... bye...

27 April 2010

HANG TUAH MUNCUL KEMBALI....

Salam semua, apa khabar petang petang gini, dah minum petang ke? Sambil sambil minum petang ngadap pc ke lappy ke jum kongsi cerita dengan Kakintan he...he... kali kisah tentang Hubby Kakintan yang baru baru ni mengikut rombongan TEAM BUILDING syarikat tempat dia bekerja. Kisahnya tak la gempak sangat tapi .... he..he...kadang kadang macam kelakar juga, bukan nya apa Hubby Kakintan dilantik menjadi IKON dalam syarikat tersebut. Kalau tak percaya tengok je la gambar nya tu... dengan tanjak dan baju melayu serta bersamping songket.... alahai.... tua nya HANG TUAH 2o10 ni kan... kenapa la syarikat ni tak nak cari yang muda sikit?....
Inilah sebahagian daripada kakitangan dalam syarikat tempat Hubby Kakintan bekerja, termasuklah tuan punya syarikat tersebut. Cuba teka sapa tuan punya company ni....Cari sendiri ya....
Gambar ni masa Hubby membawa WATIKAH perlantikkan (mengikut kata Hubby la) perlantikkan apa Kakintan kurang pasti.....sebab ianya diadakan diPulau Langkawi masa ni.Mereka kesana selama 4 hari.
Ok lah layan la dulu Hang Tuah dalam tahun 2010 ni ya.... salam dan jumpa lagi bye...bye...

AYAM GORENG KUNYIT BERSAYUR

Salam , selamat bersua lagi dipetang Selasa ini.... Dah lama rasanya tak letak N3 main masak masak ni kan. Masak bukan nya tak masak tapi... rasa macam tak ada mood aje nak letak N3 tu (sebab yang dimasak tu pun menu repeat he..he...) macam tak ada modal je kan. Hari ni Kakintan letak pun menu yang dah beberapa hari lepas juga, masa ni Hubby Kakintan tak ada dirumah dia outstation 4 hari... ermmmm jadi apa lagi masak pun ala kadar aje la kan. Anak anak bujang pula makan diluar, lagi senang kerja mak dia. Kadang kadang tu dengan kita kita sekali dia angkut makan dikedai... apa apa pun alhamdulillah semuanya tu rezeki yang Tuhan bagi.
Menu kali ni resepinya main cincai cincai aje..apa yang ada dalam fridge Kakintan masak...antara bahan bahan yang Kakintan gunakan ialah:-

Ayam yang dipotong kecil, digaulkan dengan kunyit dan juga garam dan digoreng sedikit, maksudnya jangan sampai garing.
Bawang putih,
Bawang besar,
Kacang panjang dipotong2 pendek
Bunga kobis,
Sos tiram
Sedikit garam,
Cili api yang dititik sedikit.

Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah ditumbuk sedikit, biarkan naik baunya, masukkan sayur kacang panjang dan juga bunga kobis serta garam dan sedikit sostiram kedalam nya, gaulkan sebati bila dah agak sebati baru masukkan ayam yang dah siap digoreng tadi. Masukkan cili api yang telah ditumbuk sedikit kedalam nya.Gaulkan lagi... angkat dan bolih lah dimakan dengan nasi panas panas. Ok layan la menu Kakintan tu ya...salam dan bye..bye...

KESIAN PUNYA PASAL...

Salam dan selamat petang semua pengunjung?...ada ke yang datang berkunjung petang petang begini? he...he....kat luar rumah tu hujan renyai renyai dah mula turun...alhamdulillah sejuk la sikit kan bila hujan dah turun ni. Sebenar dah 2/3 hari ni N3 Kakintan banyak berkisar kepada menjawab dan menerima tag dari kawan kawan blogger. Terima kasih banyak banyak yang memberikan Kakintan award award tersebut. Terasa seperti dihargai olih kawan kawan disini dan sangat sangat lah terharu menerima nya.
Bercerita tentang barang yang terdapat diatas ni, ianya adalah bahan pewangi yang bolih diletakkan didalam rumah atau dimana sahaja... mengikut kata penjualnya dalam toilet dalam kereta dalam almari baju semuanya bolih. Sebenarnya pewangi tersebut Kakintan beli dari seorang student (mengikut kata sipenjual ni la) Kisah nya berlaku beberapa hari yang lepas.... lebih kurang jam 4 petang gitu, waktu tu biasanya Kakintan menunggu kepulangan Ezzat dari sekolah. Pintu rumah Kakintan memang jarang dibuka melainkan semua penghuni nya ada dirumah ketika itu. Maklumlah duduk diKL ni macam macam yang berlaku, kadang kadang tanpa djangka, sesuatu yang buruk berlaku tiba tiba..sebab tu Kakintan mengambil langkah menutup pintu selalu. Petang tu bila pintu diketuk, Kakintan ingatkan Ezzat balik dari sekolah, tanpa mengintai dari celah celah curtain Kakintan pun terus membukanya,.....errrm terus je budak lelaki ni memperkenalkan dirinya sebagai student yang mencari duit untuk belanja makan minum seharian katanya. Tapi dalam hati Kakintan terfikir juga , betul ke student? ditangan nya penuh dengan tattoo(betul ke ejaan nya ni) masakan student bolih memakai benda alah tu. ... tapi Kakintan ni jenis malas nak melayan lama lama terus je bertanya tentang benda yang dikeluarkan nya ni...ermmmmm untie, 3 barang pewangi ni $10/= bolih la belikan?..tolong la saya...nak makan nak minum pun susah untie, jadi saya berniaga barang ini, bolih la untie kan tolong sama saya (dia bercakap dalam loghat Sabah kalau tak silap). Kakintan ni sebenarnya tak bolih dengar kalau orang kata tentang masaalah untuk makan dan minum ni.... kesian sangat. Kadang kadang tu terpikir juga manalah tahu satu hari nanti dibuat nya anak Kakintan juga merantau jauh entah kemana mana menghadapi masaalah yang sama sapa pulak yang akan membantu nya?Ishhh..... macam macam pikir. sudah nya Kakintan cakap kat budak ni...Ok lah untie nak 3 tu, nah ambil la $10/= ni, apa apa pun semoga awak berjaya dimasa akan datang. He...he... dengan rasa senang hati dia menuju kerumah sebelah pula. Kakintan pun rasa macam lapang dada... mungkin ada betul apa yg dia cakap, kalau tidak pun Kakintan redha dengan duit $10/= yang Kakintan bayar pada dia tadi. Ok..sekian dulu salammmmm...dan bye bye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...