19 September 2010

NASI KERABU ...SARAPAN PAGI NI....

Salam dan selamat bersua kembali.... dah lama tak letak entry tentang masak masak dan juga makan makan...he..he... tak pa lah kali ni Kakintan nak berkongsi dengan anda semua tentang sarapan pagi ni yang Kakintan beli dari gerai berdekatan..
Dah lama tak bersarapan dengan nasi kerabu, pagi ni dapat juga lepaskan gian bersarapan dengan nya. En Hubby yang tolong belikan selepas menghantar Ezzat kesekolah awal pagi tadi. He.he...siap dengan sambal tumis kerang dan juga keropok serta serunding lagi....ada lagi tu sambal dan juga budu...ok lah sekian dulu untuk pagi ni...bertemu lagi dilain waktu....salam dan selamat hari raya Aidilfitri...

16 September 2010

RAYA KEDUA, PALING MENYERONOKKAN.

Salam... kisah raya tak habis habis lagi kan... kali kisah hari raya Aidilfitri yang kedua... paling menyeronokkan Kakintan rasanya. Patah tumbuh hilang berganti, walau pun Kakintan sedih sebab ini kali pertama Kakintan berhari raya tanpa kedua dua orang tua, baik sebelah Kakintan mau pun En.Hubby tapi ada juga kegembiraan yang menyelubungi hati ini. Mana kan tidak setelah berpuluh tahun kami berpisah membawa haluan masing masing tapi raya kali ini kami bertemu kembali dengan rakan rakan semasa bersekolah dulu. Dah 33 tahun kami membawa haluan masing masing akhirnya bila bersua diFacebook segala nya menjadi kenyataan dalam diary kami dihari raya yang kedua lalu. Mulanya saudara Kamal Zawree yang bertandang kerumah keluarga Kakintan dikampong bersama anak anaknya dan juga isteri tersayang. Alhamdulillah mana nak sangka dengan adanya FACEBOOK kami bertemu kembali. He...he..kalau ditengok dari fizikalnya saiz Kamal tak berubah... cuma raut wajah sahaja yang membezakan kami semua menuju ke separuh abad atau lebih tepat lagi usia warga emas. Apa pun alhamdulillah diusia sebegini kawan kawan yang Kakintan sempat jumpa masih lagi sihat walafiat dan masing masing punya status yang membanggakan.
Antara yang sempat Kakintan temui hari tu ialah Kamal Zawree (baju melayu hijau), Mohd Shah Hussin Shah (Polis DiBukit Aman), Zulkurnain Mohammad (Guru diSekolah King Edward Taiping) dan juga Rohizah Hj Shaari (juga seorang Guru diKulim, Kedah).
Selain dari tu salah seorang kawan baik yang dah lama juga Kakintan tidak pernah temui disekitar Kuala Lumpur ialah Zurida Khalid (seorang Pensyarah di Institiut Perguruan Teknik Cheras). Alhamdulillah akhirnya bersua juga kami bila rumah nya Kakintan dan kawan kawan yang lain main terjah je rumahnya dikampong berdekatan.
Masa Kamal dan family nya sampai kerumah Kakintan kebetulan tengah hari tu Kakintan dan seluroh ahli keluarga adik beradik yang lain mengadakan family gathering... dapat lah Kamal dan family menikmati sama jamuan yang adik beradik Kakintan buat tengah hari tu.
Dah lama tak jumpa mesti banyak cerita yang nak dibualkan... terutamanya kisah kisah zaman persekolahan dahulu. He...he... memang best....harap harap lepas ni kita semua dapat bersua lagi.... dalam suasana yang berlainan pula.. Ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan buat kali ini ....salam dan selamat berhari raya....

ZIARAH MENZIARAH DIHARI RAYA.

Salam..entry kisah diHari Raya Aidilfitri lagi... kali kisah kami menzirah kerumah adik beradik yang berada sekitar kampong Kakintan sahaja. Malam raya pertama lagi sebenarnya Kakintan dah mula menzirah kerumah kakak Kakintan yang nombor dua, tapi masa tu leka dengan berbual tak ada sesiapa pun yang mengambil gambar he.he...biasa lah sesekali kalau dah berjumpa dengan adik beradik tak hengat dunia.....
Petang raya nya pula Kakintan dengan adik beradik yang lain menziarah kerumah abang Kakintan yang nombor 4, Kakintan sebenarnya ada 9 adik beradik, 5 perempuan dan 4 lelaki. Sebab itu kalau hari raya memang cukup meriah, dengan adik beradik dan juga anak2 mereka serta cucu2 saudara. Abang Kakintan ni pun tinggal tak jauh dari rumah arwah emak, seorang guru disekolah yang berdekatan...
Kalau pergi rumah abang Jo (Johari) ni memanh meriah dengan kuih muih, kalau tak penoh meja nya tu memang tak sah..tengok je lah tu deretan kuih muih kat atas meja nya tuhhh...he...he....
En.Hubby kalau datang kesini mesti suka makan kerepek kerepek yang dihidangkan. Kalau biskut biskut raya tu kurang la sikit kan sebab semuanya manis manis belaka.
He...he.. deretan 3 Abdul (bak kata P.Ramlee dalam filem nya)....anak anak Kakintan yang turut serta pergi menziarahi bapa saudara nya. Harap harap semoga Aidilfitri kami akan bersua lagi dan dapat menziarahi mereka lagi. Apa pun jodoh, ajal, maut semuanya ditangan Tuhan. Salam dan selamat hari raya Aidilfitri.

MENU DIHARI RAYA AIDILFITRI

Salam semua pengikut2 blog Kakintan, SELAMAT BERHARI RAYA pada semua. Rasanya masa ni masih ramai yang berhari raya kerumah kawan kawan mungkin ada antaranya sudah mula membuat acara rumah terbuka (OPEN HOUSE) dan tak kurang juga mungkin ramai juga yang dah menerima jemputan. Entah lah..pada Kakintan tahun tak ada buat rasanya, lagi pun akhir akhir ni semuanya kurang sihat, jadi mood raya pun agak berkurangan. Entry kali ni nak share disini apa yang Kakintan masak pada hari raya pertama dikampong, seperti selalu nya menu ni Kakintan tak pernah buat dihari pertama Hari Raya, tapi kali ini buat kelainan la sikit masak la spaghetti bolognese, lagi pun anak anak pun minat dengan menu ni. jadi buat la cukup2 untuk anak beranak je, rupanya tak cukup juga terpaksa la masak lagi bila anak anak buah yang lain datang berhari raya diorang pun suka dan minat. he..he...tak apa tak cukup bolih tambah lagi masak, stok kan ade....
Selain dari spaghetti Kakintan macam biasa masak nasi impit segera, masa arwah mak ada pun nasi impit ni satu kemestian pada dia. Arwah mak suka makan dengan kuah kacang yang dimasak bercampor dengan daging, sedap juga rasanya. sesekali terasa macam makan satay. Tapi kali ini Kakintan tak masak pun kuah kacang tu sebab menu tu diserahkan kepada adik Kakintan yang membuatnya.
Kakintan juga menyediakan rendang ayam untuk dimakan bersama dengan nasi impit segera. Kali ini Kakintan korbankan 2 ekor ayam sahaja, sebab kami adik beradik dah berjanji nak berkumpul dirumah arwah mak pada 2 hari raya, jadi tak lah perlu masak banyak banyak kan. Bukan apa sayang kalau basi nanti.
Ada juga masak sedikit kuah lodeh, yang ni kegemaran Kakintan, anak anak semuanya tak minat, jadi kita pun masak tak lah sebanyak mana. Orang kata masak je secukupnya untuk anak beranak itu pun berlebih juga.
Ok lah layan dulu lah menu menu yang Kakintan masak dipagi Aidilfitri yang lepas. Salam dan Selamat berhari raya dan selamat bercuti 1 Malaysia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...