10 November 2010

TAK SABAR DAH NI......

Salam semua ...jumpa lagi kita disini, tapi hari ni entry Kak Intan lain dari yang lain. He...he...selalu nya cerita pasal memasak, hobby, deco rumah ala2 English, kali ni tentang persiapan untuk bertemu bekas bekas pelajar semasa Kak Intan bersekolah dulu. Memang teruja betul bila nak bertemu dengan kawan kawan lama ni rasanya. Dup dap dup dap jantung dibuat nya. Maklumlah memang dah lama tak jumpa kawan awan yang sebaya dan juga yang senior. Dah 33 tahun meninggalkan bangku sekolah bayang kan lah.... macam mana lah gaknya bila bertemu nanti? Salah satu darinya mesti lah ayat yang akan keluar"masih ingat lagi tak?" atau pun "masih kenal tak?", semuanya dah mula terbayang diruang mata. Nak menunggukan tarikh keramat pada 25hb Disember rasa macam terlalu lama sangat.
Insyaallah, sekiranya majlis berjalan lancar kami semua akan bertemu diHotel Grand Season, Jalan Pahang , Kuala Lumpur pada jam 8 malam. Pada sesiapa yang singgah keblog Kak Intan ini sekiranya anda salah seorang dari bekas pelajar SMSA, dan ingin sama turut serta pada malam tu bolih la menghubungi Puan Azmiatul Khairiah Mohd Yusof di 0129870391 dan juga En Abdul Rahim bin Haji Hashim -0193750340, penyertaan anda sangat lah dialu alukan. Sedikit bayaran juga akan dikenakan untuk penyertaan ini.
Dalam gambar ini adalah pertemuan pertama dengan senior senior lama semasa mesyuarat diadakan dioffice En Rahim diWangsa Maju. Ishhhh....rasa segan pun ada sebab masing masing dah punya keluarga, ada juga yang dah berpencen, punya kedudukkan masing masing, dan ada juga yang dah punya cucu. Paling tak diduga kawan kawan jiran sekampong Kak Intan dapat bertemu semula disini. Semuanya dari khidmat FACEBOOK. Alhamdulillah banyak juga manafaat yang baik2 kalau kita gunakan dengan baik dari Facebook tersebut, bukan setakat kawan2 sekolah, jiran jiran sekampong, guru guru yang mengajar kami dahulu juga dapat dihubungi semula...
Ini lah antara otai otai lama yang mula menubuhkan Persatuan Bekas Pelajar SMSA. Tahniah buat mereka kerana dapat menemukan kami semula. Harapan semoga Majlis Perhimpunan itu nanti akan berjalan dengan lancar. Harap harap ada lagi kawan kawan lain yang akan turut serta dimalam itu nanti ya.Ok sekian dulu catatan Kak Intan pagi ni .... salam dan jumpa lagi

08 November 2010

HIDANGAN BUAT KELUARGA....

Salam dan bertemu lagi. Kali ni kisah makan makan. Hidangan buat keluarga yang Kak Intan masak minggu sudah. Kiranya ni entry yang tertunda dah beberapa hari he..he... tak apa la kan. Saje je buat masak nasi beriani untuk hidangan sekeluarga. Sesekali teringin juga nak mengalihkan citarasa dari menu menu biasa.
Nasi beriani ni kalau masak sedap makan panas panas je kalau dah sejuk tekak Kak Intan kurang sikit menerima nya.... mungkin sebab dia ada kandungan minyak tak macam nasi putih biasa. Sebab tu kalau pergi mana mana kenduri ke atau apa apa majlis yang menghidangkan nasi minyak Kak Intan kurang sikit seleranya. Selalunya Kak Intan lebih kepada nasi putih. Tapi entah kenapa hari tu teringin sangat nak makan maka Kak Intan pun masak lah sendiri.
Masak lauk ayam kari ala ala mamak yang tak menggunakan santan. Kak Intan cuma gunakan kari yang lebih dan juga kuah nya dari air asam jawa dan sedikit susu cair...tetapi anak anak kurang minat kalau buat kari macam ni.
Jelatah timun campor dengan nenas mesti ada, yang ni pun taste Kak Intan, tak suka sangat yang tumis tumis tuhhhh...lagi pun yang ni senang dan ringkas...potong nenas, timun, sedikit bawang besar dimayang, cili hijau cili merah dan cili padi juga dipotong nipis. Kemudian digaul semua sekali dalam mangkuk besar taburkan sedikit garam dan juga sedikit gula. Kalau ada kacang tanah goreng tanpa minyak yg ditumbuk kasar camporkan sekali pun sedap. Macam macam rasa ada masam masin manis dan lemak lemak gitu..best kan?
Satu lagi yang wajib ada ialah papadom. Senang beli dan goreng je sendiri. Ok layan dulu pic ni... he.he...kalau ada yang berhajat bolih la buat nasi beriyani pulak ya hari ni... salammmm

PANTANG NAMPAK TIN CANTEK2....

Salam dan selamat bertemu lagi dipagi Selasa ini. Terima kasih kepada pengunjung2 blog Kak Intan yang selalu singgah disini. Sejak akhir akhir ni blog ni Kak Intan kurang meletakkan entry entry baru...entah apa la yang sibuk sangat pun tak tahu lah. Tapi hari ni mood rajin pepagi lagi dah ada he..he...Ok kal entry Kak Intan berkisar kepada hobby terkini Kak Intan ... apa lagi kalau bukan mengumpul tin yang cantek cantek ni. Kalau dulu tak kisah sangat walau pun ada juga yang dijadikan simpanan taapi kali ini menjadi jadi pula. Beberapa minggu lepas bila pernampak tin tin ni dipamerkan dalam FB Phyza Shabby Collection, Kak Intan terus berkenan. apa lagi terus order.
Ketiga tiga tin yang sebelah bawah gambar ni Kak Intan beli dari Phyza Shabby Collection, yang satu tuhhh...yg bertulis TIVOLI ada gambar biskut biskut tu Kak Intan beli biskut yang memang packing dalam tin tersebut. Sekarang ni kalau nak beli apa apa pun mesti tengok tin nya dulu kalau cantek mesti terus rembat ha..ha...

Kak Intan paling suka dengan tin yang diatas ni sebab ada bunga bunga tuhhh nampak sweet je kan. Dalam nya tu nanti bolih la letak alat alat jahitan ke apa ke...yang penting ianya digunakan kalau dah dibeli.
Yang ni pun minat sebab gambarnya lain dari yang lain...

Tin ini lah yang Kak Intan beli di Care4, mula mula tengok biskut nya lepas tu bila tengok gambarnya cantek terus rembay.
Yang ni minat sebab ianya salah satu corak koleksi Catch Kidston. Kak Intan memang suka dengan corak2 keluaran nya terutamanya pada fabrik dia semuanya ada motif bunga bunga macam ni yang berwarna warni. Ok lah layan dulu lah ya koleksi terkini tin tin yang Kak Intan baru dapat ni... salam jumpa lagi dientry seterusnya.

06 November 2010

TERIMA KASIH BUAT WATIE DAN HAM....

Salam dan selamat berhujung minggu. Dah beberapa hari ni Kak Intan tak sempat nak meletak entry entry baru. Entah apa yang disibukkan pun tak tahu lah... tapi yang pasti masa begitu cepat berjalan , siang malam pagi petang pejam celik sebulan masa berlalu. Bagaikan tak terasa putaran waktu kini.
Entry ini yang terjadi minggu sudah pada hari Khamis... seawal jam 10 pagi kedengaran pintu rumah diketuk dengan begitu kuat, bagaikan ada kecemasan. Kita yang dudk kat dalam rumah ni pun naik takut dibuatnya bila pintu diketuk begitu kuat. Bila Kak Intan buka...nampak lah seorang "Abang Courier" tercegat depan pintu dengan senyum nya tuhhhh..... ishhhhh ishhhh betul la Abang Courier ni buat terperanjat orang je..Kalau iye pun nak serah barang bagi lah salam masa ketuk tu kan...tak la berderau darah kita pepagi macam tuhhhh....Bila tenguk bungkusan yg diserahkan sekali lagi Kak Intan terkejut dibuat nya...uikkkkkk.....ada "pakatan sulit" rupanya antara Ham (diKuala Lumpur) dengan Watie (diPenang) kedua2 nya geng blogger yang Kak Intan kenal selama duk bergiat dengan ternet ni...apa apa pun KAK INTAN NAK UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK2 PADA YOU ALL BERDUA ya....susah payah buat kiriman ni untuk Kak Intan punya Anniversary....siap ada wish lagi yang tertulis kat kotak kek tu....bacalah sendiri apa yang ditulisnya tuhhhh
Bila Kak Intan buka kotak ni dalam nya ada Kek Lapis Choklat,Watie ni memang ada bisnes buat kek ni, dia pasarkan melalu internet melalui laman blog nya disini...http://watiermanlife.blogspot.com/ (WATIERMAN). Ermmmm..... bukan main sedap kek ni Watie....semoga bisnes Watie bertambah maju ya.
Disamping tu ada juga sepasang brouch yang cantek...ishhhh macam macam ya korang ni...Lain taun buat macam ni lagi ya.... Kakintan suka sangat ha...ha..eh...betul ni tau ..ikhlas Kak Intan cakap ni
Ok lah sampai disini dulu catatan Kak Intan kali ini...bertemu lagi dilain entry. Salam dan selamat bercuti hujung minggu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...