28 November 2010

RENDANG DAGING

Salam , bercerita tentang menu pula pagi ni. Kali ni rendang daging korban yang dapat masa hari raya Aidiladha tempohari. Kak Intan dah tak tahu nak masak apa...jadi Kak Intan pun buat lah masak rendang pula. Beberapa hari sebelum tu Kak Intan buat daging dendeng. Memang laku kalau dimasak dendeng ni sebab semua anak anak suka... rendang ni pun sama tambah tambah kalau dimakan pula dengan nasi putih yang masih panas, laju je kan.
Ini stok terakhir daging korban 1431H...he..he...lepas ni kalau panjang umur bertemu lagi diAidiladha akan datang mungkin kalau ada rezeki dapat lagi daging korban.Ok lah rasanya kalau ditanya resepi semua orang dah tahu apa bahan bahan nak membuat rendang. Jadi tak payah lah Kak Intan letak kan resepinya disini. Layan je la gambar nya ni. Salam...

AWARD DARI LOVE....

Salam dan selamat pagi dihari Isnin yang agak sejuk dan mendung je ni. Dah sarapan ke? Sambil sambil duduk menunggu robot Kak Intan buat kerja kerja mendobi, Kak Intan terlebih dahulu nak menyiapkan award yang diberikan olih LOVE dari blog nya:- http://love2cook-msia.blogspot.com/ (LOVE2 COOK), Love ni kalau nak tahu seorang yang kreatif dan rajin memasak juga. Berketurunan India dan tinggal diKelang Selangor. Paling suka masuk blog LOVE ni bila nampak muka sepasang anak nya yang comel comel tu... betul tak LOVE
Selain dari tu gambar gambar masakkan LOVE juga buatkan Kakintan selalu rasa lapar. Ok LOVE terima kasih bagi Kak Intan award yang cantek cantek ini. Award ni juga kena diberikan kepada 15 orang yang lain pula. Nama nama nya tak dapat Kak Intan sebutkan disini sebab Kak Intan tengok dah ramai pun yang menerima award sebegini...apa pun nanti Kak Intan akan tinggalkan mesej pada sesiapa yg Kak Intan berkenan nak berikan award ini melalui Shoutmix box anda ya....Salam dan jumpa lagi dilain entry...

26 November 2010

NASI LEMAK DAUN PISANG

Salam dan berjumpa lagi dientry makan makan pula. Dah sarapan ke pagi nih? Sarapan apa la agaknya tu? Kak Intan pun tak tau lagi apa nak sarapan hari ini. Apa yang Kak Intan paparkan pagi ni ialah sarapan pagi semalam punya. Ini lah dia nasi lemak daun pisang. Bukan buat sendiri tapi beli je....selalunya kalau datang angin malas macam ni lah he..he...sesekali bolih la kan tapi kalau hari hari kempis juga kocek...
Nasi lemak bungkus ni Kak Intan beli dari gerai Mak Mah- Mak Mah yang berlakun tuhhh...selain dari nasi lemak daun pisang ni ada juga soto, mee jawa, laksa macam macam lah....sedap juga nasi lemak ni, ditambah lagi dibungkus dengan daun pisang lagi lah dia wangi. Ok...sapa sapa yang nak join rasa nasi lemak dia bolih lah pergi kat gerai dia tu diTaman Keramat. Sekarang ni berpindah tidak jauh dari Sekolah AlAmin Taman Keramat pula, ishhhh ..ishhh macam buat iklan Kak Intan ni kan..tak apa kita tolong kawan kawan nak berniaga je....jadi kita promote kecil kecilan macam ni je la yang mampu kan...Ok ya sampai berjumpa dientry akan datang salam buat semua....

TERIMA AWARD DARI LIN ROSLY...

Salam dan selamat pagi Sabtu...apa khabar semua pengunjung pengunjung blog Kak Intan pagi ni ...harap harap semuanya berkeadaan sihat walafiat. Mana yang tak sihat tu bawa bawalah jumpa doktor dan makan ubat yang sesuai. He..he...kemana agak nya cuti cuti hujung minggu ni? Kak Intan bercadang nak ke Pameran MAHA di UPM nanti...tunggu lah petang petang sikit kan kalau nak pergi...pepagi ni nak selesaikan kerja kerja rumah dulu...sambil sambil tu duduk depan pc ni siapkan entry dulu. Kali ni nak siapkan homework yang diberi olih Lin Rosly. Terima kasih banyak banyak kat Lin ni sebab tag Kak Intan...ishhh dah lama tak dapat tag macam ni....setiap tag ada lah soalan soalan cepumas yang disediakan...antaranya..
NICK NAME TUAN PUNYA BLOG: KAK INTAN

UCAPAN UNTUK PEMBERI AWARD:-

Terima kasih banyak banyak sekali lagi pada Lin kerana antara ramai ramai pengunjung blog Lin, Lin pilih blog Kak Intan untuk diberikan award. Entah apalah yang dinilai olih Lin pada blog Kak Intan ni pun tak tahulah...nak kata cantek tak lah cantek sangat, ramai lagi kawan kawan kita yang blognya jauh lebih cantek dari blog Kak Intan, isi kandungan blog Kak Intan ni pun tak ubah macam kata orang caca marba je...apa pun Kak Intan terharu dengan pemberian Lin itu....

6 ARTIS KEGEMARAN/SINGER/GROUP:-

1) MAHER ZAIN
2) ANUAR ZAIN
3)M.NASIR
4) SITI NURHALIZA
5) SHEILA MAJID
6) SHARIFAH AINI

TAG 10 BLOGGERS YANG TERPILIH:-

1) MAT GEBU- TIFFIN BIRU
2)HAMSIAH JUNID- KELUARGA AIRUTI
3) MAZLIZA- ILHAM DAPOR
4) LOVE-
5) INNA- MERAH SAMAR COTTAGE
6) IRDAYU HALIM- AYU COSY COTTAGE
7) ALONG ROS
8) IKA BANGKOK- KURNIAAN BLOGSPOT
9) HASLINA HARUN- TERTUNAI HASRAT DIHATI
10)CT DELIMA-

Kepada nama nama blogger yang tertera diatas silalah datang ambil award/tag masing masing ya. Cuti cuti hujung minggu ni bolih la buat homework tambahan he..he... Ok lahhhh....sampai disini dulu catatan Kak Intan pagi ni. Homework dah siap baru lah best nak jalan jalan kan...salam dan jumpa lagi dilain entry.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...