30 November 2010

MUSIM HUJAN MEMANG MENYERONOKKAN KAK INTAN & HUBBY...

Salam dan selamat pagi semua. Apa khabar pagi nih? Dah breakfast ke? Sejuk sejuk macam ni perut biasanya cepat je lapar kan. Kak Intan selalu bayangkan masa kat kampong dizaman kanak kanak dulu, bila musim hujan je arwah mak & ayah rajin betul kebatas menyangkul menanam pokok pokok macam ubi kayu ke, keladi ke atau apa saje yang sesuai ditanam dibatas batas sawah padi. Maklumlah kampong Kak Intan dikelilingi sawah padi iaitu kawasan sawah padi kedua terbesar diMalaysia iaitu Sg Manik. Eh...ehhh jangan salah anggap tau dengan tajok yang kat atas tu acah je tuuu, Nak tau apa dia jum tengok gambar gambar yang kat bawah ni apa yang seronok nya bila hujan tiba....
Time ni lah Hubby Kak Intan rajin berkebun kat depan rumah merpati kami ni...dia ni rajin menanam pokok pokok bunga. Masa lapang dia banyak dihabiskan kat situ, mana mana pokok yang dah agak tua tu dibuat nya tanaman semula. Maklumlah kan masa ni cuaca negera kita agak sejuk dan lembap sikit dan memang sesuai sangat kalau nak bercucuk tanam pokok2 bunga ni.
Banyak betul daun dari bunga nya pokok ni agaknya Hubby terlebih buboh baja daun agak nya.
Menjaga pokok2 bunga yang jenis ni kena banyak siramkan air kalau tidak dia akan cepat terkulai layu, apa pun pokok pokok ni Kak Intan memang minat sebab warna nya terang terang dan bermacam macam warna ada.
Paling suka warna light purple ni...
Yang ni pun sama...bukan main lebat lagi bunga nya sekarang ni
Yang putih ni bunga nya agak dah berkurangan...cantek memang cantek..tapi nampak garanya kena cantas sikit nak bagi dia tambah merimbun dan juga berbunga lebih banyak. Lepas ni Kak Intan dan hubby bercadang nak tanam pokok paku pakis pula. Paku pakis pun senang juga nak dijaga cuma ianya tak tahan dengan cuaca yang terlampau panas. Cepat je daun nya kuning dan mati. Ok lah layan la dulu ya gambar2 pokok bunga Kak Intan ni. Salam dan jumpa lagi lain entry.

29 November 2010

KEJUTAN DARI NOR LAGI.....

Salam semua ... selamat tengahari dah makan ke? Ermmm ...Kak Intan baru je lepas lunch. Hari ni makan nasi putih dengan masak asam pedas ikan siakap, memang dah lama tak buat asam pedas menu kegemaran Kak Intan sendiri. Ok lah ni nak cerita pasal entry kali ni pula. Pagi tadi masa sibuk sibuk mengemas rumah, terdengar pintu diketuk orang punya la kuat dia ketuk.... dalam hati Kak Intan berkata" tak senonoh betul orang ni, kalau nak ketuk pintu pun bagi la salam , jangan lah kuat2 macam ni, habis terjaga anak anak asuhan Kak Intan".....jengah juga dari curtain sheer Kak Intan tu , bukan nya apa takut2 orang jual ubat ke apa ke kan...
Bila pintu dibuka, siabang Posman rupanya, terus dia hulurkan bungkusan ni , dah hulur baru dia tanya "ini Kak Intan kan?" ye betul la tu Kak Intan jawab.Abg Posman tu balik je Kak Intan pun belek la kotak ni....makkkk aiiiiiiii daripada Norzela rupanya...dia tinggal bermastautin nun jauh diUtah USA. Terima kasih Nor, selalu buat kejutan untuk saya. He...he lepas ni apa lagi lah kejutan dari you ni...hari tu call punya call ingatkan dia diUSA rupanya dah sampai diMelaka dah...
Nor terima kasih dengan barang kiriman tu...cantek , menarik dan hati memang tertarik lah. Suka sangat...nanti kalau ada yang lain buat lagi kejutan macam ni ehhh...... Ok sampai disini dulu catatan Kak Intan kali ni , salam dan jumpa lagi...

KARIPAP PUSING/EPOK2 PUTAR...

Salam dan selamat pagi. Dah bersarapan ke pagi ni? Jum join Kak Intan bersarapan. Tapi ini bukan sarapan pagi ni, sarapan pagi semalam punya tau. Kak Intan goreng karipap pusing yang dibeli diMAHA 2010 hari Sabtu tu. Masa melawat beberapa gerai yang menjual makanan sejuk/beku Kak Intan pun beli lah karipap ni. Senang kan sekarang ni, tak payah nak fikir fikir nak keluar tenaga nak buat itu nak buat ini semuanya dah tersedia, cuma perlukan wang sahaja membelinya, balik rumah bila tiba masa nak makan cuma goreng kan sahaja.
Dari apa yang Kak Intan rasa karipap ni memang sedap, rapuh je bila dimakan Isinya diperbuat dari daging dan kentang. Rasanya memang berbaloi bila membelinya walau pun agak mahal sikit kan. Apa pun yang penting rasanya sedap. Ok ya..Kak Intan mengundurkan diri dulu... salammm....

MEH..KITA LAYAN TING TONG LAGI.....

Salam dan selamat bertemu kembali dipagi Selasa yang cerah ini. Alhamdulillah hari ni Kak Intan rasa agak sihat dari semalam, sebab semalam badan rasa kurang selesa mungkin penat dan juga berhujan dihari sebelum nya semasa Kak Intan dan jiran mengunjungi MAHA di UPM Serdang Sabtu lepas. Sambil sambil menunggu mesin basuh Kak Intan menjalankan tugas Kak Intan lepak kejap depan PC ni share apa yang Kak Intan dapat semalam melalui email seorang kawan.Jum ...tengok apa yang dihantarkan nya.... ini lah dia gambar gambar tin tin yang kini hangat dipasaran. Bagi yang meminati English Country dalam menghias dapor mereka pasti barang barang macam ni akan menjadi idaman, terutama nya surirumah macam Kak Intan ni.
Kali ni memang ting tong kepala dibuat nya....he...he...biarlah dulu Kak Intan jamu mata kalau beli pun entah mana nak disusunkan .... dapor rumah dah la seciput je, kalau beli benda benda ni lagi lah bersesak sesak jadinya. Apa pun ianya menjadi idaman Kak Intan juga...kena betul betul susun balik kat dapor tu baru bolih beli barang barang ni.
Ada ke sesiapa yang berkenan? He.he....rasanya ramaikan...kalau nak bolih lah Kak Intan tolong bagitahu kat kawan Kak Intan tu....Ok layan dulu gambar gambar tin/enamel ni ya... Kak Intan nak sambong kerja kerja rumah sekejap. Salam dan jumpa lagi lain entry yang akan datang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...