08 Disember 2010

NASI GORENG SEAFOOD..

Salam dan selamat petang semua, mendung je cuaca seharian hari ni ya. Entah dimana la yang turun hujan nya nih...apa pun dalam cuaca yang begini selalu nya perut ni akan sentiasa lapar he..he...betul tak? Ni entry masak masak lagi. Menu yang Kak Intan buat 2-3 hari yang sudah, dah tak tau apa nak masak kebetulan duduk dirumah sorang sorang jadi Kak Intan pun buat lah nasi goreng seafood.
Kebetulan dalam fridge ada lagi stok udang dan sotong... jadi nak cepat habiskan stok masak je lah apa yang terfikir dikepala ni. Selalu nya kalau masak banyak banyak memang tak akan habis, jadi Kak Intan masak untuk dua orang sahaja dah cukup..... ok lah sampai disini dulu la ye..nanti sambung dilain entry la pula...salam

CEKODOK SAYUR CICAH KUAH KACANG..

Salam ... jumpa lagi kat sini ya.. petang tadi dalam hujan hujan terasa lapar benar perut ni... apa lagi aktiviti makan makan la jawab nya. Walhal pepagi tadi pun buat cekodok juga...ada lagi lebihan yang Kak Intan tak goreng jadi sambung pulak dipetang hari menggoreng nya
Buat cekodok sayur je dicamporkan dengan sedikit udang, kemudian dicicahkan pula dengan kuah kacang (kuah pecal) yang memang selalu ada dalam simpanan. Senang je dengan kuah kacang yang ada tu cuma masakkan air panas yang mendidih kemudian tuangkan dalam kacang tadi dan kacau..biarkan beberapa minit dia akan memekat. Ok ya...bolih lah cuba kalau nak tukar selera dari yang selalunya kita guna cili sos untuk dibuat pencicah, kali ni pula kita guna kuah kacang pula..memang sedap..bolih cuba sekali mesti nak menduakali he..he...Ok..out dulu ...salam


NENAS MASAK LEMAK CILI API + UDANG...

Salam dan selamat malam semua pengunjung blog Kak Intan, terima kasih kerana sudi singgah. Dah makan malam ke belum?...Ni entry untuk masakkan hari ni, buat untuk makan tengahari tadi dan juga malam ni. Kak Intan buat masak lemak cili api nenas campor udang. Biasa nya nenas ni Kak Intan masak dengan ikan masin atau pun tulang ikan masin kerapu sedap juga kan.
Kali ni camporkan dengan udang sebab request dari suami. Tak apa lah stok udang masih ada masak kan je la ya. Ok ...layan dulu pi masakkan Kak Intan ni..ada kerja kena siapkan, salam semuanya...

07 Disember 2010

SALAD.

Salam dan selamat petang....dah makan tengahari mungkin..apa la lauk nya. Hari ni Kak Intan cuma buat salad tahu/telor /dan juga timun yang dimakan bersama sos cili untuk dibuat sayur sayuran.
Senang kerjakan... tak payah nak tumis tumis, masak rebus telor, goreng tahu, potong timun nipis nipis kemudian telor pun potong slice juga lepas tu siramkn dengan cili sos dah siappppp... tinggal makan je.. Ok .... sampai disini dulu ya..nanti kita jumpa dientry yang lain pula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...