13 Disember 2010

DAH SIAP DAH.....

Salam,
Kali ni entry tentang kerja kerja yang dah selesai Kak Intan buat ... lega rasa nya nya bila bekas bekas barang hantaran ni dapat Kak Intan siapkan dalam masa yang agak singkat. Bekas hantaran ni Kak Intan buat untuk adik Nazatul Naquiah yang akan bertunang pada tahun baru nanti 01.o1.2011. Ermmm... harap harap Nikky berpuasa hati dengan hasil kerja tangan Kak Intan kali ini ya.
Sebagaimana permintaan ibu kepada Nikky, beliau mahukan bekas hantaran ini dibuat bertemakan warna merah jambu/silver. Jadi ini lah dia nya yang dapat Kak Intan hasilkan untuknya.
Sebenar nya tempahan yang Kak Intan terima ini tanpa diduga, sebab masa Kak Intan sedang mencari barang untuk dijadikan door gift dimajlis perjumpaan (1st gathering ESDG) English Style Decoration Group 5.12.2010 yang lepas Kak Intan bertemu dengan Kak Fatimah, ibu Nikky yg juga mencari barang barang untuk dibuat hantaran. Beliau kebetulan tengah tercari2 tema yang sesuai untuk dijadikan bekas bekas tersebut, jadi Kak Intan pun tolong lah dia sama memilih mana mana yang perlu. Entah apa agak nya yang Kak Fatimah fikirkan, dia terus je serahkan segala tugas2 menyiapkan bekas hantaran tersebut pada Kak Intan. Kebetulan Kak Intan pun tak lah sibuk sangat waktu tu jadi Kak Intan pun bersetuju je untuk menerima tempahan nya ini. Lagi pun Kak Intan juga berminat sangat dengan kerja kerja ni.
Ok lah...sampai disini dulu yang dapat Kak Intan ceritakan..bersambung lagi dientry yang akan datang. Salam.

12 Disember 2010

HIDANGAN TENGAH HARI.....

Salam dan selamat petang... dah dua hari hari rasanya Kak Intan tak meletakkan apa apa entry baru disini. Hari ini baru ada kesempatan untuk berkongsi cerita tentang apa yang Kak Intan masak beberapa hari lepas untuk hidangan sekeluarga. Masak menu menu biasa sahaja. Kali ini ini Kak Intan buat masak kari ikan kembong yang dicampor dengan kacang bendi. Rasa nya sesiapa pun biasa dengan menu ni. Tapi kari Kak Intan ni macam biasa lah tak gunakan santan untuk kuah nya cuma gunakan air asam jawa, bukan nya apa salah satu kebaikan nya kari ni lambat basi dan seperkara lagi agak sedap dan tak rasa muak kalau memakan nya.
Kalau dah ada kari... mesti ada papadom... pelengkap masakkan ini he..he..
Kena juga ada pedas, iaitu sambal belacan dan juga ulam sikit, macam biasa lah ulam timun je.. tak pun kacang botor pun sedap juga kan...
Kalau ada ikan masin , lagi sedap...ada balance ikan masin bulu ayam...goreng je lah...nak menghabiskan stok yang ada...
alahai sayur nya pula sayur tumis taugeh... sayur taugeh ni kalau Kak Intan masak hanya untuk Kak Intan berdua dengan En. Hubby sahaja...anak anak memang diorang tak layan... ok...itu lah dianya menu kami 2 hari yang lepas, sampai disini dulu catatan buat kali ini... salam untuk semua.

09 Disember 2010

PUDING SAGU GULA MELAKA.

Salam geng blogger semua, terima kasih selalu singgah disini, jum tengok apa menu yang Kak Intan buat untuk dessert semalam... dessert yang biasa biasa sahaja iaitu puding sagu gula Melaka. Ni kes terlior bila tengok geng geng kat FB buat dessert ni. Mula asal nya geng dari Singapore (Dainty Blue @ PMT@ Hatta) yang buat puding sagu ni, siap warna kegemaran dia lagi iaitu warna biru sagu ni. He..he..penyudah nya lepas sorang sorang yang buat sama termasuk lah Kak Intan juga. Tapi Kak Intan tak ikut warna biru yang diorang buat tu, yang ada dalam stok Kak Intan ialah pewarna merah ni je belasah je guna warna merah ni...Ok kan PMT...
Satu lagi Kak Intan tak guna santan, tapi guna susu cair je untuk kuah nya...dan gula melaka nya Kak Intan kikis kasi hancur dah taburkan kat atas sagu tuhhh...adusssss...sedap juga makan sejuk sejuk gitu. Ok...lepas ni sapa nak cuba bolih la buat kan, salam dan jumpa lagi...

TAHU BAKAR/KUAH KACANG...

Salam dan selamat pagi Jumaat semuanya. Entry kali ini tentang entry masak memasak lagi...biasa lah dah nama nya suri rumah kan , kalau duduk kat rumah perut pun sentiasa lapar tambah tambah musim hujan ni , ada aje dalam kepala berfikir apa menu yang nak dimakan.
2-3 hari lepas tekak ni teringin nya nak makan tahu bakar, kebetulan bahan bahan semuanya ada.... tapi malas nya nak membakar tahu tu, cara paling senang apalagi gorengkan je lah, potong potong tambah sengkuang dan juga timun,kemudian curahkan je kuah kacang ...kebetulan kuah kacang pecal ada lagi. Sedap juga rasanya... kuah rojak pun ada tapi Kak Intan lebih suka makan dengan kuah kacang. Aduhhh...habis juga 2 potong tahu tu Kak Intan makan, lepas ni tak lah terlior sangat dah kalau nampak yang orang jual tuhhh... he..he... Ok lah jumpa lagi kita dilain entry ya, salammmmmm....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...