08 Mei 2011

HARI IBU 2011-THE SULTANI..HOTEL FLAMINGGO PART 1

Assalamualaikum.
Selamat bertemu kembali dipetang Isnin ini...apa khabar semua. Rasanya dah 2 - 3 hari tak bertemu diblog Kak Intan ini. Agak sibuk sikit diminggu lepas dengan MOTHERS DAY CELEBRATION seperti yang Kak Intan katakan tempohari. Alhamdulillah 7hb Mei tetap dalam kenangan, ianya kami cepatkan sehari kerana sebab sebab yang tertentu, apa pun majlis tersebut telah pun selesai dengan jaya nya. Buat pengetahuan semua Kak Intan dan AJK yang lain nya menetapkan tema kali ini ialah putih dan pink...jadi kesemua yang datang kemajlis tersebut mengenakan pakaian dengan warna tersebut.
Antara orang orang yang bekerja keras dalam mengendalikan majlis ini ialah Sharifah Zaidah (Shazaidah) dari Sentul- orang yang dipertanggungjawab kan menguruskan hal hal kewangan atau pun lebih senang dipanggil Bendahari.
Keduanya Zolidya Nor dari Jln Duta, KL, seorang surirumah yang begitu komited dengan kerja kerja beliau sebagai Setiausaha dalam majlis ini.
Kak Intan sebenar nya ingin mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada orang yang banyak berusaha dan bersusah payah merialisasikan impian kami semua kepada DATIN ELLY kerana beliau yang banyak bekerja keras membantu kami semua dalam menjayakan program ini. Atas daya usaha DATIN ELLY dan juga tanpa mengira wang ringgit MOTHERS DAY CELEBRATION 2011 berlansong dalam suasana meriah dan teratur dan paling gembira dan bersyukur dihari yang sama LADIES IN WHITE juga ditubuhkan dengan rasminya.
Selain dari itu orang yang penting juga dalam sesebuah majlis ialah Puan Hidayah Yusof seorang surirumah tangga dan juga salah seorang kakitangan kerajaan yang kami lantik sebagai pengacara majlis pada hari tersebut. Terima kasih Puan Hidayah kerana menghidupkan lagi acara majlis hari itu dengan begitu meriah sekali.
Setiap peserta yang datang dalam majlis ini disyaratkan membawa hadiah dengan harga $20/= keatas, ini kerana kami mengadakan (EG) pertukaran hadiah secara mencabut undi setiap orang.
Susun atur meja hari itu menunggu ketibaan para tetamu dari jauh dan dekat. Peserta paling jauh (luar dari Kuala Lumpur) ialah dari Kuantan Pahang (Puan Yusliza Yusuf)
Ini lah antara makanan makanan yang disediakan olih pihak The SULTANI pada hari tersebut..
Antaranya minuman panas dan sejuk serta makanan makanan ala Iran
Nasi beriyani.
dan juga lauk lauk sampingan ayam dan daging
Chicken tandori
Kak Intan lupa nama kuih ni yang seakan samosa, didalam nya berintikan ubi kentang sama seperti karipap tapi ianya dimakan bersama dengan tairu.
Gulai kambing pun ada...

Menu tambahan yang Kak Intan sendiri dah lupa nama nya...
Ok lah kita layan dulu gambar2 makanan ni ya....nanti kita sambong pula dengan cerita2 yg lain pula...
Wassalam....jumpa lagi dientry seterusnya

06 Mei 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU...

Assalamualaikum.
Khas buat semua IBU2 dan juga yang kawan kawan yang bergelar IBU, EMAK, UMMI, atau yang sewaktu dengan nya, walau dimana sahaja anda berada, Kak Intan ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.
Wassalam ...Khas dari Kak Intan...

SEMPENA HARI IBU ESOK..

Assalamualaikum.
Bertemu kita lagi dientry seterusnya. Sembang sembang sempena sambutan HARI IBU yang bakal disambut esok hari. Kak Intan dan beberapa orang kawan adalah merancang sesuatu untuk diri sendiri dan juga kawan kawan yang lain. Bukan nya apa pun saje saje nak mengeratkan lagi tali persahabatan diantara kami yang selalu bertemu dialam cyber ini.... sambil sambil tu dapat juga kami berkenal mesra antara satu dengan yang lain dengan ada nya majlis itu nanti.
Insyaallah...harap harap ianya akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala yang kami rancang dengan keizinan NYA.
Inilah diantara kawan kawan yang mula mula membuat perancangan untuk melaksanakan sambutan Hari Ibu tersebut....antara nya Sharifah Zaidah Syed Abd Rahman, Zolidya Nor dan juga Datin Elly. Seorang lagi geng yang sama sama bertungkus lumus dalam mengendalikan hari tersebut juga ialah Puan Hidayah Yusof (tiada dalam gambar).Insyaallah harap harap segala nya akan menjadi kenyataan seperti mana yang kami telah rancangkan untuk memeriahkan hari IBU. Ok kita sambung cerita ni nanti apabila majlis tersebut sudah dijalankan...Wassalam...tunggu ye cerita selanjutnya minggu hadapan.

MENGISI MASA LAPANG

Assalamualaikum semua,
Selamat petang Jumaat, apa khabar, sudah beberapa minggu Kak Intan tak update blog JariIntan ku ini. Ada masaalah dengan pc Kak Intan, maklumlah dah digunakan hari hari siang malam sesekali kena juga service kan...ok lah dalam masa beberapa hari bila tak ada aktiviti dengan pc, Kak Intan pun carilah kerja lain nak mengisi masa lapang.
Inilah hasil nya dalam beberapa hari tu, sebenarnya ada banyak lagi yang Kak Intan tak tayang kat sini, ini hanya beberapa helai sahaja.. ada pelbagai warna...bila dah siap macam macam bolih dihias...
Paling sesuai dihias pada frame frame gambar macam ni. Yang ni sahaja Kak Intan guna warna merah/polka dot putih ni sebab ini adalah warna kegemaran Kak Intan. Ok sampai disini dulu kita sambung lagi dilain entry ya. Wassalam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...