17 Mei 2011

TERIMA KASIH BANYAK BANYAK YA...



Assalamualaikum,
Sambutan HARI IBU telah pun berlalu pada 8hb Mei yang lepas, seronok nya bukan main, bukan la kerana dapat hadiah yg banyak tapi seronok dapat meraikan bersama sama geng geng IBU yang lain. Dalam pada itu adalah sedikit sebanyak hadiah yang Kak Intan terima dihari tersebut antara nya dari anak anak Kak Intan sendiri...apa dalam nya tuh? he..he...ishhh tak payah la tau kan cuma barangan elektrik aje tu...apa pun terima kasih banyak banyak untuk anak anak Kak Intan, kita sebagai ibu bukan mengharapkan sangat hadiah hadiah macam ni...cukuplah kalau sekadar ingatan, itu pun dah besar hati rasa nya, tapi kalau orang dah bagi kita pun sambut lah dengan tangan yg terbka dan hati yang ikhlas...syukur alhamdulillah.
Yang ini bekas barang barang kemas, dari Jong jong Inai (Rose)...sweet je warna nya kan...lebih sesuai kalau buat anak anak gadis yang menyimpan nya...apa pun terima kasih ya Rose.
Hadoiii yaiiiii...terima kasih banyak banyak Yusliza Yusoff, sempat pula dia buat kan crochet ni untuk Kak Intan, warnanya pula ikut tema putih/pink...
Ini pula dari Puan Rashidah Ibrahim- Pen.Editor Majallah Anjung Seri..terima kasih ya Puan Rashidah...macam macam Majallah keluaran Anjung Seri di berikan nya he...he...
Mangkuk tureen ni pula dari Bebe Sunita yang datang dari Kuala Pilah,walau pun sibuk dengan anak anak dan juga bertugas sebagai Staff Nurse sempat juga meluangkan masa datang ke Flaminggo untuk bertemu dan sama sama meraikan Mothers Day Celebration..terima kasih banyak banyak ya Bebe.
Yang ini pula dari Zainon Sulaiman, sempat juga dia menempah tulisan tulisan tu, atau ke Enon yg buat sendiri...apa pun terima kasih banyak banyak ya Enon..
Ini lah dianya antara cenderahati2 yg Kak Intan terima pada hari Mother'S Day Celebration tempohari...terima kasih semua...semoga persahabatan kita berpanjangan sampai bila bila , wassalam...jumpa lagi..

MEE SOTO

Assalamualaikum,
Apa khabar semua?Dah lama tak letak entry pasal masak memasak kan..bukan nya tak memasak memasak juga tapi bila tiba masa malas tu tau tau aje la kan..tapi tak apa ni ni angin rajin dah datang semula he...he.. kali ni Kak Intan masak mee soto pula pepagi tadi. Sekarang ni musim panas sekejap hujan nya sekejap dan bila dah macam ni macam macam penyakit juga datang terutama nya batuk selsema dan demam. Anak anak bujang Kak Intan tak terlepas dengan keadaan ini yg sorang batuk, yang sorang demam dan yang sorang lagi selsema. Makan pun tak ada selera masing masing. Jadi Kak Intan tukar selera dengan masak mee soto ni.
Mee soto ni pun masak nya ringkas je sebab paste untuk kuah nya tu dah siap begitu juga dengan pergedilnya....semuanya yang segera segera sahaja. Cuma sediakan kuah cili kicap dan bahan bahan untuk ditambah dalam mee tu sahaja lagi yg perlu disiapkan. Kuah nya cuma tambah air dan panaskan sahaja. Ok lah sampai disini dahulu catatan Kak Intan, kita jumpa lagi dilain entry. Wassalam.

13 Mei 2011

DINNER BERSAMA AJK LADIES IN WHITE.

Assalamualaikum,
Bertemu lagi setelah beberapa hari kita tak bertemu disini, kali ini Kak Intan dan beberapa AJK Ladies In White bertemi di Penang Village Restoren. Pertemuan kali ini ada post morterm tentang majlis Mother's Day Celebration yang baru saje berlalu pada 7hb Mei yang lepas. Alhamdulillah Puan Pengerusi sangat lah gembira dan berpuas hati kerana sambutan nya amat menggalakkan walau pun diperingkat permulaan ini Ladies In White baru saja mendpatkan 30 orang ahli diperingkat permulaan. Apa pun insyaallah mungkin dimasa masa akan datang pertambahan ahli akan terus meningkat..insyaallah. Untuk itu kami juga telah berbincang untuk sambutan HARI BAPA yang akan disambut tidak lama lagi. Insyaallah ianya juga akan kami ada kan kerana meraikan para BAPA dan juga merupakan SUAMI2 dan mana yang masih punya BAPA juga bolih meraikan nya bersama. Sambil sambil makan acara posing sana sini mesti ada..jum tengok....
Ermmmm...kita nak ambil gambar Puan Pengerusi (DE) orang pula yang ambil gambar kita...tak kisah la tu..he...he....
Apa lah Puan Pengerusi LIW ni bincangkan tu, sebelah nya ni Kak Hidayah Yusoff
Dari kiri, Anak Zolidya (Intan), Sharifah Zaidah (Bendahari) dan Zolidya (Setiausaha LIW)

Macam terkejut je Pengerusi LIW ni Datin Elly....terima kasih DE belanja kami makan makan malam tu.
Antara yang DE order Pai Tee..sedap pulak nya...
Yang ni ABC Puan Pengerusi yang punya ...sedap tau...ada banyak lagi sebenar nya yang kami order tapi ini sahaja yg sempat Kak Intan snap gambar nya...

Lepas makan macam biasa sebelum balik mesti posing sana sini lagi he...he... tempat ni cantek rugi kalau tak posing tau..tema dalam nya hitam dan putih..kalau tak percaya bolih pergi sendiri bawa family..ok layan dulu pic Kak Intan dengan geng LIW ni...wassalam jumpa lagi dilain entry.

08 Mei 2011

TETAMU DI HARI MOTHER'S DAY CELEBRATION.

Assalamualaikum...ni antara gambar gambar tetamu Mother's Day Celebration tempohari..layan dulu ya..nanti cerita kemudian....Kak Intan kena out sekejap...















Paling istimewa dari Majallah Anjung Ser, Penolong Editor nya, Puan Rashidah Ibrahim...terima kasih sudi datang dalam suasana tergesa2 kerana ada hal lain..
Ramai ni..kena ingatkan satu satu nama nya dulu he..he...
Puan Salina Sofian, seorang yang sangat kreatif dengan hasil seni tangan nya sendiri...paling suka tengok barang aksesori yg Puan Samina ni pakai..sebab itu ada lah hasil idea dia tersendiri...
Pasangan sahabat SERASI BERSAMA...Irdayu Halim dan juga Julia Othman..
Paling bergaya..dan dia juga yang dapat anugerah IBU PALING BERGAYA, PUAN ELIZABETH ADAT...dari Tanjong Malim Perak
Tini..tuan punya Hannymadu dari Putra Height...
Puan Rashidah Ibrahim dari Majalah Anjung Seri.
Izan Mohd Kamin dan setiausaha MCD...
Puan Norizam dari Melaka....terima kasih sudi datang

Rosemalina Che Omar...
Yusliza Yusuf dari Kuantan bersama sama 2 orang puterinya...
Aish dari Melaka....thanks walau pun diluar Kuala Lumpur sudi juga datang

Anak kepada Bebe Sunita Pu3 dan Zarra....
Handsome anak kepada Elizabeth Adat ni....petah dia bercakap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...