16 Februari 2012

MENGHIAS MEJA MAKAN DIRUMAH SENDIRI...


Assalamualaikum,
Selamat petang, dah makan tengahari ke semuanya ni? Kalau belum cepat cepat makan sebelum perut masuk angin ya. Sambil sambil tu saja la Kak Intan nak kongsi idea Kak Intan ni. Bukan nya apa saja share share apa yang mampu kita lakukan dirumah sendiri.

Kadang kadang sesekali teringin juga nak menghias meja makan ala ala macam kat hotel kan?...alah buat aje lah sendiri kan ...gunakan apa aje yang ada dirumah, tak semestinya nak kan pinggan mangkuk yang mahal2 dan branded, yang murah murah pun apa salah nya kalau kita tiru gaya diorang tu...
Sesekali kita juga perlukan kelainan sikit kan....kadang kadang masa majlis hari jadi anak anak kita ke bolih kita buat bagi menampak kan suasana tu berlainan daripada hari hari biasa. Selalu juga Kak Intan buat cara cara ala Inggeris ni, sbb Kak Intan pun sama minat dengan decor diorang tu. Kali ni kak Intan guna pingkat mangkuk corak polka dot dan juga ada juga yang berbunga tapi warna nya memang warna yang bolih mix & match.
Pinggan mangkuk Kak Intan pun tak ada yang branded, pada Kak Intan asal cantek dipandang dan sesuai untuk digunakan bolih aje nak menghias kan nya. Betul tak?
Tapi kannnn...kak Intan memang suka corak2 yang macam ni dan juga warna warna sebegini...
Pasu dan bunga ni Kak Intan tak gubah sendiri...tapi beli dari satu kedai yang tuan punya nya sama minat dalam English decoratin... Ok lah sampai disini dulu ya...wassalam dan jumpa lagi...


LEPAT UBI....

Assalamualaikum,
Salam sejahtera juga buat semua kawan kawan blogger, dah breakfast ke.? yang ini bukan menu breakfast Kak Intan pagi ni tapi menu yang dah dibuat minggu lepas...tapi baru nak letak entry nya disini... menu untuk minum petang sebenar nya ni.

Sesekali pekena lepat ubi ni memang sedap, ketagih kita dibuat kan nya, apa lagi kalau minum pula dengan kopi panas wauuuuuuuuu.....mabeles kan?
Satu lagi kalau nak tambah sedap lepat ubi ni dicampurkan pulak dengan sedikit gula merah dan juga kelapa parut yang agak muda sikit dan cicampurkan dengan sedikit garam..aduiiiiii kalau tak percaya cuba lah buat...mesti makan lepas satu satu nanti he...he... Ok lah, sampai disini dulu ya, wassalammmm


CURTAIN YG SIMPLE DAN SENANG NAK JAHIT...



Assalamualaikum,
Selamat petang dan selamat bertemu lagi. Apa khabar, kali ni entry tentang curtain lagi. Menjahit curtain untk tukar yang didalam bilik pulak... guna kain yang biasa biasa aje... harga pun murah.

Balik kekampong seminggu yang lepas Kak Intan kebandar terus...jalan jalan kat kedai kedai kain ternampak la lace 2 yang murah ni...wahhhh sakan membeli...kalau diKL mungkin lain dah harga nya kan...apa lagi memborong sampai habis la jawab nya....macam macam bolih buat nanti ni.tak rugi kalau beli banyak banyak .


Kak Intan pun jahit yang senang senang saje...tak payah jahit curtain tape pun...jahit macam curtain zaman zaman mak kita dulu...ni dah siap dah ni...apa lagi terus pasang tak payah tunggu sambut hari raya..rasa nak tukar pasang saje..ok lah sampai disini dulu...jumpa lagi dilain entry.
TebalWassalammmm...


14 Februari 2012

TREE STEAK HOUSE...MENUNYA MEMANG SEDAP..

Assalamualaikum,
Malam Isnin yang lepas Kak Intan call salah sorang kawan yang tinggal diSungai Buloh bagitahu dia suruh booking tempat diTree Steak House ni, kebetulan pulak hari tu Kak Intan masak pun cukup untuk jamu selera sebelah siang sahaja, jadi sepatut nya sebelah malam sepatut nya Kak Intan kena la memasak lagi.


Tapi teringat kan cerita Siti Noor, katanya kalau makan diTree Steak Hose ni memang sedap, jadi Kak Intan pun ajak lah family makan kat sana sahaja sebab nak merasakan kesedapan menu nya itu, Anak anak Kak Intan pula semua nya suka kan makanan ala Western macam ni...
Masa sampai orang tak la ramai sangat masa ni...sebab dah melepasi waktu kemuncak Tree Steak ni...anatara jam 8-10 malam kata Siti Noor orang memang ramai dan penuh . Apa pun sebelum kesitu kami dah booking tempat jadi bila sampai tempat duduk kami dah tersedia senang je la tinggal order makanan sahaja.

Paling kak Intan suka tempat nya luas dan juga bersih serta tertutup. Bagus juga dia buat macam tu (tertutup) sebab kawasam tu ditepi jalan raya yg sibuk dengan kenderaan lalu lalang semestinya ia banyak mengundang habuk.
Ini lah dia antara menu menu yang diorang order...chicken chop
steak apa nama nya Kak Intan pun dah lupa. Hubby yang order steak ni, daripada kambing kalau tak sila nya ni...
yang ini juga chicken chop...haiiiii memasing order chikken chop nihhhh....
Air diorang pilih yang simple2 sahaja...sirap limau
Kak Intan dan Hubby sula epal asam boi ni...ada manis ada masin, dan juga ada rasa masam

Tak ketinggalan kak Intan juga order banana split...
Malam tu kami ajak keluarga En.Fuad ni sekali makan bersama2
Seronok layan baby (Anak Siti Noor) ni makan western food...dia memang peminat menu western kat situ... Masa ni layan Siti Noor dan baby beborak pasal makan he...he....
Orang bujang layan western food makanan kegemaran diorang...alhamdulillah dah kenyang semuanya kan dah rasa dah macam mana sedap nya menu kat sini...insyaallah nanti kami datang lagi singgah makan disini ya...wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...