06 September 2012

BAJU LACE UNTUK DIA....


Assalamualaikum,
Masa beli terendak lampu ni dia tak berbaju lagi , polos dan kosong sahaja, teringa ada beberapa kerat kain lace yang kak Intan beli masa holiday ke Guangzhou tempohari , ermmmm macam macam yang kak Intan fikirkan dengan kain tu. Salah satu nya ini lah dia nak kasi baju kat dia ni... Walhal tuan punya nya sehelai lace pun tak ada.


Kebetulan warna lace tu sesuai sangat dengan warna basic terendak ni...apa lagi cepat cepat panaskan glu gun - senjata penting dalam menghias he..he..sekejap aje dalam setengah jam dah bolih guna terus ...ok tak?
 Dah siap Kak Intan tanggalkan terendak lampu yang lama dan tukarkan dengan yang baru ni...puas hati lepas raya baru dapat decor lampshade ni...Ok Wassalam jumpa lagi ya...



SEJAUH MANA KASIH SAYANG KITA SUAMI ISTERI.....ADAKAH SEJAUH INI...

Assalamualaikum,
Selamat pagi Jumaat, sambil minum sarapan pagi dengan horlicks panas dan juga cekodok udang Kak Intan klik kesatu blog yang Kak Intan suka baca isi kandungan nya... nak baca jum...

Menyayat Hati - Isteri Memandikan Jenazah Suami Yang Tersayang Di Halang Kemudian....

Seorang isteri menangis-nangis ingin mandikan jenazah suami dia.. Bapak mertua dgn polis forensik tak bagi. Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri. Jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.....

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku. Sebagai seorang isteri, aku redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu." 



SINGGAH MAKAN KACANG POOL / ROTI BAKAR DIPLAZA ANGSANA JB.



 Assalamualaikum,
Semasa KeJB tempohari Kak Intan dan family singgah diPlaza Angsana, sambil sambil menunggu kawan yang dijanjikan untuk bertemu disitu Kak Intan dan keluarga sempat juga menjamu selera digerai Kacang Pool Haji... amboiiiii bukan main sedap lagi Suami Kak Intan mula nya cuma order satu set akhir nya tambah lagi 3 set untuk dimakan bersama...
 Mula nya anak anak yang lain buat endah tak endah juga , bila sekali rasa terus nak tambah lagiakhir nya sebelum balik keKL malam tu suami Kak Intan kata kita tapau aje lah 2 set untuk dibawa balik...he..he...apa pun kacang pool ni memang sedap sangat rasanya.

Lepas tu kami intai intai pula keGerai Mee Rebus Haji Wahid...amboi mak oiiiii ramai nya orang beratur nak membeli...hajat hati tu memang la nak membeli sebungkus dua juga untuk dibawa balik...lupa kan aje la niat tu dulu...he..he... tunggu la ada rezeki lain kami datang lagi menjamu selera disini pula


Ok sampai disini dulu wassalam...jumpa lagi dilain entry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...