04 Oktober 2012

UBAH SANA UBAH SINI... AKHIR NYA DISITU JUGA..

 Assalamualaikum...
Perasan tak apa yang berubah nya... tapi ini lah dia nya kalau dah tak apa nak buat dalam rumah ni...apa lagi kalau bukan ubah sana ubah sini tapi nampak sama saja kan...perati lah dulu...nanti kita sambung cerita lagi....









MAGGIE JADI SASARAN KALAU TAK SELERA MAKAN NASI...


Assalamualaikum,
Apa khabar tengahari ni ?..dah siap masak ke blogger surirumah semua?. Hari ni nak kongsi resepi bila selera nak makan nasi tak ada... apa lagi kalau bukan maggie mee. Maggie ni bulan lah main rendam je dalam air panas tapi kak Intan masak juga dulu , tumis la dengan bawang merah , bawang putih, kalau ada stok udang ke ayam ke Kak Intan camporkan sikit , kalau dah dua dua tak ada letak aje telor ayam dan juga serba sedikit sayur, tambah pula serai yg dititik dan juga hirisn daun limau purut. Letak sikit sos chili dan juga  sos tiram... tak percaya cuba la masak... mesti best punya makan panas2.

Selalu nya kalau tekak rasa tak selesa memang ini lah menu yang Kak Intan buat selain dari bubur nasi..ok lah sampai disini dulu ya... nanti kita sambung cerita lagi wassalam..



02 Oktober 2012

HARIAN METRO 2 OKTOBER.. KAKINTAN DAN KOLEKSI

Assalamualaikum...
Selamat bertemu kembali...dah agak lama tak letak entry baru disini. Macam tak cukup masa aje sekarang ni, tak tahu apa yang buat Kak Intan ni sibuk selalu he..he... Tapi betul lah, surirumah tangga biasa nya kerja tak pernah habis sampai la tutup mata sebelah malam nanti. Apa pun kali ini Kak Intan nak kongsikan juga aktiviti Kak Intan dalam sibuk sibuk setiap hari tu. Minggu sudah Kak Intan mula nya dapat mesej dari seseorang, kata nya nak jumpa Kak Intan nak sembang2 sikit tentang hiasan disudut sudut rumah Kak Intan ni. Kak Intan pun bersetuju dengan waktu yang telah beliau tetapkan iaitu pada hari Jumaat lepas. Geng dari HARIAN METRO datang berkunjung kerumah Kak Intan seramai 3 orang untuk mengadakan photo shoot.

Mula nya nak shoot tentang bunga bunga yang ada disudut yang Kak Intan tanam diberanda rumah Kak Intan...memandang kan pokok2 tersebut banyak yang dah berubah beralih pula kepada koleksi yang menjadi minat Kak Intan sekarang iaitu koleksi polkadot. Nak kata banyak koleksi ni tak la banyak sangat tapi ada lah buat penghibur hati bak kata orang... Sebahagian dari koleksi Kak Intan ini adalah hadiah dari kawan kawan yang mengetahui tentang minat Kak Intan dengan polkadot ni...tak semuanya dipaparkan disini hanya sebahagian sahaja.
Antara yang dipaparkan ini lah dia nya... mug, teko, mangkuk sup dan juga beberapa biji pinggan yang sering Kak Intan gunakan dalam hidangan setiap hari dimeja makan. Gambar dibawah adalah disebalik tabir pengambaran tersebut. Inilah pasangan suami isteri yang bekerjasama pada hari tersebut iaitu Kusyi Hirdan dan juga suami nya.


Suami Kak Intan juga turut sama menolong dalam pengambaran tersebut...  terima kasih banyak banyak Kak Intan ucapkan kepada ketiga tiga crew Harian Metro yg datang pada hari itu. Kak Intan juga rasa seronok dapat berkongsi minat dengan kawan kawan lain disini..jauh sekali niat untuk menunjuk2. 
Ok layan dulu gambar2 ni ya...wassalam.

MALAM MINGGU DIMUARA IKAN BAKAR PORT KELANG

Assalamualaikum,
Malam minggu yang lepas dapat panggilan talifon dari anak yang sulong, katanya nak bawa family semua makan makan ikan bakar diTanjung Harapan, Port Kelang. Ermmm...Kak Intan setuju aje... lagi pun malam tu nak celebrate hari lahir suami Kak Intan yang ke54..kalau tak silap.... he..he... confius sekejap...Sampai kat sana dah jam 8 malam..tempat pun dah penuh..bila nak pilih menu yang digemari banyak ikan ikan dah pun habis termasuk la ketam dan juga sotong.

Pilih je la apa yang tinggal..udang, ikan pari, ikan siakap dan juga kerang...memang tak banyak lagi pilihan. Cari tempat duduk pun agak jauh ...dapat la yang paling hujung sekali malam tu ...tak kisah la janji selesa.

Ini lah menu nya malam tu yang kami makan..macam biasa siakap 3 rasa.
Udang ni Kak Intan pun sendiri tak ingat apa nama masakkan nya, yang pasti nampak macam udang goreng bercili..


Sebahagian nya kami minta masakan udang goreng tepung..ishh..ishhh ...memang sedap udang goreng tepung nya ni...lain kali datang bolih order lagi.

Ikan pari ni panggang cicah air asam... bolih tahan sedap juga pencicah nya tu

Selain dari itu kerang rebus, nasi lemak dan juga berbagai jenis minuman yang kami order. Ok lah rasanya berbaloi apa yang kami makan dengan harga yang dikenakan..
Sampai disini dulu ya...nanti kita jumpa lagi disini, wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...