Assalamualaikum,
Pada hari Khamis yang lepas sempena cuti Maulidur Rasul, Kak Intan dan suami kerumah Haire Iskandar, rakan yang sama sama minat dengan barang2 decor ala Inggeris diSalak Tinggi Sepang. Malam tu Haire dan isterinya ada membuat sedikit majlis kesyukuran dan juga sambutan hari lahir anak kedua nya Dania yang ke2 tahun.
Macam macam yang dihidangkan malam tu, tapi tak sempat ak ambil gambar semua, sebab tetamu Haire agak ramai diluar dan dalam khemah yang dipasang. Jadi Kak Intan dan suami duduk dibahagian dalam rumah nya...sambil sambil tu mata memandang barang barang hiasan rumah Haire. Haire ni peminat English Vintage, cantek susun atur rumah nya seronok Kak Intan tengok.
Sempat juga suami Kak Intan snap gambar di dining area nya ni...kemas dan tersusun semua barang2 nya
Zoom kat dalam almari kaca yang kat hujung tu...wahhh koleksi pinggan mangkuk kegemaran Haire...bukan main cantek lagi.. Yang ini pula pinggan tergantung cantek sebagai hiasan disekeliling ruang makan rumah Haire.
Bila kat luar dah reda dari tetamu yang ada, Kak Intan dan Nik Evelyn duduk diluar pula menjamu selera....diluar bertemu pula dengan Nik Norzarina dari Taman Setiawangsa...uishhh Nik ni juga peminat yg sama macam kami bertiga juga he..he... bila dah bertemu duduk semea..apa lagi mesti kisah decor Inggeris yang dicerita kan menjadi topik utama...
Saudara Haire Iskandar yang berkopiah putih tu...ta sempat nak ambil gambar ramai2 sekali..maklumlah Haire busy sangat malam tu.
Masa baru2 sampai rumah Haire..sempat juga tinggalkan ucapan kat sini untuk birthday girl Dania...entah apa yg Kak Intan coretkan disitu main tulis aje... dan masa dalam rumah Haire sempat posing kat dining area nya... he..he...orang sibuk makan makan kita sibuk posing kan.
Ok dulu ya... Kak Intan mengundurkan diri terlebih dahulu, nanti kita jumpa dientry seterusnya. Wassalammmmm.
28 Januari 2013
CUCI MATA DIANGGERIK MALL DGN BARANG BARANG ANTIK
JUMPA GENG2 PML (PINGGAN MANGKOK LAMA) DI ANGGERIK MALL
Tak lama lepas tu jumpa pula dengan Rusni Mustapha yang datang jauh dari Kuantan. Selalu tengok gambar aje diFacebook he..he... kali ni siap duduk sembang kat atas pentas tu ha..ha...
Yang ni pula Ayu Damansara Ayu Yusof dari Kota Damansara, duduk tak la jauh mana tapi tak pernah jumpa pun kan Ayu...
Akhirnya dapat juga jumpa dengan Kak Zu ni (Zuraidah Malik) dari Kota Kinabalu..jauh kak Zu datang terbang nun dari Sabah tu...selama ni selalu chatting dengan kak Zu pasal pinggan mangkuk polkadot aje..sebab kak Zu ni pun peminat barang2 polkadot juga. Uissshhh peramah betul Kak Zu...seronok dapat berbual dengan dia.
He..he... ni sessi bergambar dengan barang barang lama...dah macam era 60han kalau diperhatikan. Rasa macam tinggal dikampong zaman kanak2 dulu kan.
Kali ni pula dengan Anis Zuraini, Anis dari Kelang rasa nya tapi jarang jumpa....peminat tegar barang2 antik juga mi.
Rina Casarina datang dari Melaka, seronok tengok Rina yang juga seorang guru memborong pinggan mangkok anti hari tu. Rina juga sangat peramah, rasa dah bertahun kenal dengan Rina ni, kata nya dia selalu juga skodeng blog Kak Intan ni...he..he...apa pun terima kasih banyak banyak ya Rina sudi kenal2 dengan Kak Intan.
Dari pagi menunggu Ezan Ar ni dia tinggal tak jauh dari Anggerik Mall tapi dek kesihatan yg tak mengizinkan dia datang agak lambat sikit hari tu...apa pun Kak Intan lega sebab barang yang dijanjikan dengan Ezan hari tu dah dapat diserahkan pada Ezan harap harap Ezan suka ekkkk?
Yang ini pula gambar Mak Jah dengan Dinda English Decor , Kak Intan dah lupa nama nya yang sebenar. Dinda datang dari Kajang aje..sekejap je pun Dinda ni singgah kemajlis tersebut.
Bergambar beramai ramai dengan Admin hari tu En Taj Firdaus(berbaju belang biru putih) , Yang Othman, Zuraidah Malik, Nani Zuraini, Mak Jah, Ayu Damansara Ayu Yusof dan juga Roslina Lina dari Bangi.
Pertama kali bertemu muka dengan Roslina Lina.. Lina peminat antik dan juga English.dia datang dengan 2 anak bujang nya.
Yang Othman ni sapa tak kenal...secara mendadak aje dah jadi peminat antik tegar terutama peminat teko yg berbentuk Aladin...aduyai Kak Yang dah bersusun ya Kak Yang punya koleksi...gerammmm aje Kak Intan tengok tau...
Ok setakat ini dulu kisah kawan kawan yg sempat Kak Intan temui...ada lagi sebenar nya tapi tak sempat nak ambil gambar kesemua nya hari tu.. he...he... jumpa lagi dilain entry..wassalam.
ULANG TAHUN PERTAMA GARAGE SALE DIANGGERIK MALL SHAH ALAM 27 JAN 2013
Apa khabar kawan kawan blogger semua disini, sudah agak lama Kak Intan tidak meletak entry terkini diJariintan ku ini, entah kenapa sejak akhir akhir ini ada aje masaalah bila nak masukkan entry entry terkini. Alhamdulillah harap harap hari ni dan juga hari2 yang seterus nya tidak ada masaalah lagi. Terkini aktiviti terbaru Kak Intan ialah menghadiri majlis Ulang Tahun Pertama Garage Sale diAnggerik Mall Shah Alam. Seronok sangat bila dapat bersama sama dengan diorang hari tu. Oh ya majlis tersebut telah dirasmikan olih Timbalan Pengarah MARA Negeri Selangor.
Pelbagai barangan yang dijual pada hari tersebut,ramai juga yang datang kemajlis ini, terutama nya peminat peminat barangan antik dan juga pinggan mangkok yang lama lama...
Ok sampai disini dulu ya... nanti kita sambung pula dilain entry, wassalam.
Pelbagai barangan yang dijual pada hari tersebut,ramai juga yang datang kemajlis ini, terutama nya peminat peminat barangan antik dan juga pinggan mangkok yang lama lama...
Ok sampai disini dulu ya... nanti kita sambung pula dilain entry, wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)
