08 Februari 2013

KOLEKSI PUCUK REBUNG....

 Assalamualaikum,
Bercerita lagi tentang koleksi koleksi lama hari ini, masa ke Batu Pahat tempohari Kak Intan juga dapat menambah lagi koleksi pucuk rebung ni. Mulanya Kak Intan cuma beli untuk kiriman seorang kenalan dari Singapura, apa yang terjadi dengan Kak Intan sekali dah terpikat dengan koleksi koleksi ini. Yang kat atas tu saiz yang Kak Intan dapat agak besar sikit, satu yang lungkum dan satu lagi yang rata bentuk nya...aduiiii bila dah kena basuh dan diclorox memancar2 kilat nya...
Yang 2 pasang dibawah n sais nya agak kecil tapi sangat cantek kalau zaman zaman mak kita dulu2 diorang letak wajik atau dodol dalam nya kan. Tapi dulu2 Kak Intan tak kisah sangat pun dengan barang barang ni, bila dah usia2 begini bila nampak barang2 ni macam berharga dan banyak kenangan nya pula. Ok sampai sini dulu ya...nanti kita sambung cerita yg lain pula. Wassalam...jumpa lagi.

06 Februari 2013

SARAPAN PAGI DENGAN LAKSAM...



Assalamualaikum,
Menu sarapan pagi semalam, teringin bila kepasar berdekatan rumah Kak Intan pagi semalam bila ternampak ada orang jual laksam. Selalu nya susah juga nak dapat kalau pepagi macam tu, rupanya kata sipeniaga kedai tu ada kawan nya yang tumpang berniaga digerai nya.

Bila dah nampak , apa lagi cepat cepat order dua bungkus untuk makan dirumah. Selalu nya kalau Kak Intan nak makan laksam ni  beli dari pasar malam aje. Mula mula dulu memang tak pandai makan laksam ni, dek berjiran dengan orang Pantai Timur, kak Intan sekarang jadi suka dan kekadang tu ketagih nak makan laksam ni. Betul la bak kata pepatah, belum cuba belum tahu...sekali dah rasa. pasti nak lagi he...he...ok Kak Intan mengundurkan diri terlebih dahulu nak siapkan anak anak nak kesokolah dah ni... wassalam.

JALAN JALAN KERUMAH MAK JAH SAMBIL CUCI MATA DENGAN PML (PINGGAN MANGKOK LAMA).

 Assalamualaikum,
 Selamat bertemu kembali, baru saje selesai memasak , sambil sambil tu Kak Intan nak ceritakan perjalanan Kak Intan dan suami serta sepupunya suami isteri kerumah Mak Jah Ahad lepas. Kami bertolak awal pagi dari Melaka (malam tu kami bermalam semalaman diMelaka sebab nak jalan jalan diJONKER STREET). Sepanjang perjalanan hujan renyai renyai pagi tu - best juga sebab cuaca tak berapa panas), mulanya kami ingat nak cari tempat bersarapan diMelaka pagi tu sebelum bertolak keBatu Pahat, pusing punya pusing kami terus aje kerumah Mak Jah memandangkan Mak Jah dah siapkan sarapan untuk kami semua he...he... thanks Mak Jah ekkk...

Sampai rumah Mak Jah lebih kurang kul 11 pagi gitu, dah siap terhidang atas meja Mak Jah dengan ubi keledek rebus cicah sambal kicap, soto dan juga mee goreng... apa lagi terus aje kami bersarapan bila dijemput dek Mak Jah dan Pak Long (suami Mak Jah)... alhamdulillah kenyang sudahhhhh.. Mak Jah he..he...rupanya rezeki kami pagi tu memang dirumah Mak Jah bukan nya diMelaka.

Sambil2 duduk sembang mata Kak Intan tak berkelip melihat koleksi koleksi Mak Jah yang semakin bertambah didalam rumah nya, paling tak senang duduk bila tengok koleksi ROSA yang berwarna pink Mak Jah gunakan untuk meletak hidangan pada pagi tu, sekali lagi seronok tak terhingga bila nampak teko CINDERELLA nya hu huuu... dah lama idamkan tapi belum lagi dapat la Mak Jah oiiiii...

Buat pengetahuan semua Mak Jah dan suami nya Pak Long ni (panggilan kami dalam group pengumpul pinggan mangkuk lama) ada lah peminat tegar dengan barang barang lama ini...tengok tu Pak Long duk kumpul ketam untu kayu, ingat dulu2 arwah ayah Kak Intan juga ada ketam papan ni (nanti balik kampong kena selongkar barang2 dalam stor rumah pusaka tu ha..ha....)
 Dalam gobok rumah Mak Jah ni penuh dengan set pinggan mangkok lama lama zaman2 50-70 dulu, macam macam corak yang Mak Jah dan Pak Long kumpulkan.

Intai intai dalam lemari Mak Jah yang satu ni nampak set set lama corak SAKURA dan juga ROSE HITAM...memang cantek sangat. SAKURA memang jadi Kak Intan punya idaman...tapi susah nak dapat dah sekarang ni.


Selain dari itu barang barang dari ayan (enamel) juga jadi perhatian dirumah Mak Jah dan Pak Long ni...dulu2 masa kecik ini lah barang2 yg mak ayah kita gunakan didapor, sekarang barang barang ni dah jadi berharga sekali.

Masuk pula kedapor Mak Jah nampak susunan teko2 nya berbagai2 bentuk dan juga corak, cantek2 kan.

Macam macam saiz juga ada, dari besar sampai la yg kecil, walau pun tak ada penutup tapi semua tu tak jadi masaalah kan Mak Jah.
 Bukan itu sahaja Mak Jah juga peminat barang english decor, Kak Intan minat sangat dengan baju lace putih ni yang dipakaikan nya pada patung tu...aduiiiiyaiiii.
Masuk bahagian dapor Mak Jah ni...cuba tengok pink colour lagiiiii...semuanya nampak tersusun kemas semuanya kan..ok layan dulu gambar sekitar rumah Mak Jah dan Pak Long ni...nanti kita pergi rumah orang lain pula lepas ni ya...wassalam.

05 Februari 2013

KOLEKSI AIR MATA JERNIH...


Assalamualaikum,
Selamat malam Selasa, tetiba bila nampak koleksi pinggan mangkuk kaca lama ni hati jadi suka pulaknya... Masa jalan jalan singgah kerumah En Shariff diBatu Pahat kelmarin  terpandang koleksi ni dalam almari galeri nya. Tapi tak banyak yang En Shariff letak digaleri tersebut, hanya beberapa biji sahaja katanya. Apa pun bila bagitahu kat suami Kak Intan, yg Kak Intan dah berminat dengan koleksi ini, suami Kak Intan pun setuju dengan minat Kak Intan ni he..he.. alhamdulillah.. Cepat cepat pilih 6 lapik cawan ni...


Balik dari rumah En Shariff , Kak Intan singgah pula keRengit, jalan jalan sepanjang jalan dikedai secondhand disitu terjumpa pula set ni lagi...apa lagi cepat cepat rembat. Harga nya pula amat2 berpatutan sekali..huhhhh rasa puas hati sangat.
  Bolih juga buat mangkuk bubur yang ini kan, dapat 2 set aje kali ni jadi lahhhhh..esok esok kalau jumpa lagi bolih tambah 2set lagi mangkuk bubur ni.


 Paling seronok bila nampak yang bentuk oval ni.. macam macam bolih letak didalam nya kan... s dapat juga 2 set . Lepas ni cadang nya nak cari pinggan makan saja lagi he..he... minat yang tak disangka sangka datang tetiba aje.

Ini lah semuanya yang dapat Kak Intan kumpul semasa keBatu Pahat tempohari.. Puas hati dah sebab harga nya sangat2 berbaloi.
Ok Kak Intan out dulu wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...