12 April 2014

KONGSI DEKORASI RUMAH DALAM MAJALAH APARTMENT (IMPIANA ) UNTUK APRIL - JUNE 2014


Assalamualaikum,
Huhhhh... lega sikit dah, bila stok air dah banyak , banyak juga kerja2 rumah dapat diselesaikan. Tadi sambil sambil berFB sambil tu juga mendobi, memasak dan beberapa kerja lain. Semenjak catuan air bermula lebih kurang 2 bulan yang lalu kerja kerja rumah banyak tertangguh, tapi tak apa sebab catuan nya diselang selikan 2 hari ada 2 hari tak ada air. Rasa macam dah lali dah dengan keadaan ni sekarang. Kali ni Kak Intan nak kongsikan bila mana team dari Majallah APARTMENT (IMPIANA) datang kerumah pada 11 February yang lalu. Editor nya CK @ Kamelia Kamarudin dan jurugambar nya En Jazlan Nangar  datang kerumah mengambil dari beberapa sudut didalam rumah kak Intan untuk dimuatkan dan dikongsikan didalam majallah tersebut. Terima lasih banyak banyak pada mereka berdua dan pihak  majalah APARTMENT  yg sudi memuatkan nya untuk dikongsikan dengan para pembaca  lain diluar sana. Rumah Kak Intan sebenar nya biasa2 sahaja tak ada apa yang istimewanya. Oh ya tak lupa juga pada teman yang memperkenalkan Kak Intan pada crew majallah tersebut iaitu Lolita Anizar.

Ini lah muka depan majallah APARTMAENT (IMPIANA) untuk keluaran April - June. Pada yang berminat bolih la dapatkan dikedai2 buku atau kedai kedai mamak yang berdekatan he...he... Ok sampai disini dulu celoteh Kak Intan buat kali ini, sampai jumpa dilain entry..wassalam.

PEMINAT TEGAR KACANG KUDA REBUS ...

Assalamualaikum,
Cerita pasal makan, semalam balik dari MIHAS perut terasa lapar, nak masak masak balik rumah stok air pun macam tak cukup jer he...he... terus cakap kat Nabila kita singgah jer la ngeteh diRestoran Ali Maju Tmn Sri Rampai cari roti Arab makan dengan kari. Walaaaa... memang sedap sesekali ngeteh kat kedai Mamak tu walau pun tak berapa selesa dengan keadaan masa tu tapi kalau perut dah lapar apa sajer pun jadi.. Lepas makan masa nak bayar nampak la kacang kuda ni dalam bekas tempat jualan nya.. hu ..hu.. perut dah kenyang pun duk order mintak tolong bungkuskan... Memang dari kanak kanak lagi minat sangat dengan kacang kuda ni. Tambah tambah kalau ditumis dengan perisa kari.... ada pedas, ada masin, manis, lemak semua bagai..fuhhhhh.... memang the best, walau pun doktor kata"akak jangan makan kekacang banyak2 tau" he...he... ok kali ni jer akak makan yer, nanti tak makan dah.. Ok lah sampai disini dulu pasal sikacang kuda rebus ni...... kita sambung cerita lain pula nanti, wassalam jumpa lagi yer..

KEDAI MISS T... KALAU BERANGAN NAK MENGHIAS BILIK SIKECIL MACAM MACAM BARANGAN ADA DIJUAL DISINI.


Assalamualaikum, 
Bertemu kita lagi, kali ni Kak Intan nak share sikit tentang kedai ni. Rasa nya ramai yang pernah singgah dikedai MISS T ni.... outlet nya banyak terdapat dishopping2 complex yang besar2 sekitar Kuala Lumpur ni atau mungkin juga dibandar besar negeri lain sekitar Semenanjung Malaysia ni. Selama ni Kak Intan pun tak berapa kisah sangat dengan kedai ni, asyik duk lalu lalang nya depan kedai tu, tapi entah macam mana bila duk belek belek hiasan bilik kanak kanak baru Kak Intan perasan  kalau setakat nak menghias dengan barang barang yang sama macam bilik bilik anak Minah Salleh tu dalam kedai ni macam macam bolih kita beli... tak payah sibuk sibuk nak jahit atau cari bahan yang buat pening kepala kita untuk menyediakan nya he...he... betul tak? Kalau tak percaya jum tengok gambar2 kat bawah ni yang sempat Kak Intan ambil dari kedai tu....

Antara nya bantal bantal yang comel ni, bolih rasanya kalau setakat nak hiaskan atas katil anak anak kita yang masih kecil dengan bantal2 berbagai corak ni...nampak kiut sangat bila dah susunkan banyak banyak2.

Satu lagi huruf huruf ni yang juga dibalut dengan kain2 pelbagai corak dan motif. Aduiiii... kalau susun atau gantung dikatil atau dimana saja yang bersesuaian memang cantek.



Bantal bantal yang diorang ni jual ada pelbagai corak dan juga saiz.... pilih saje mana yang bersesuaian dan berkenan dihati.



Kak Intan paling berkenan tengok huruf2 alphabet ni yang di salut dengan pelbagai corak dan motif.

Bantal panjang yang bolih disusun diatas katil baby atau juga tempat anak anak kita selalu melepak sambil tengok tv atau pun sambil menyusu he...he...



Pokok pangkal nya sekarang duit betul tak? ada duit semua bolih jadi he...he... Ok sampai disini dulu yer, kisah tentang apa yang Kak Intan dapat kalau kekedai MISS T ni... pada yang berminat nak hias bilik anak2 memang sesuai cari barang tu disini. Wassalam.

JUMPA TIN CANTEK CANTEK DIKEDAI DIY AEON TAMAN SETIAWANGSA.

 Assalamualaikum,
Apa khabar kawan kawan blogger semua yer...Dah lama Kak Intan tak updated blog ni, hampir 5 buln dah rasa nya. Maa pun bukan main cepat sekarang berlalu kan. Ni sambil sambil menunggu kedatangan "air paip" he...he.. Kak Intan merajinkan diri updated semula blog yang dah lama tertinggal he..he.. Tak ada apa cerita yang best pun, cuma hari tu jalan jalan dengan suami cuci mata dikedai DIY terpandangkan tin2 yang cantek ni...terus aje kak Intan rembat 2 buah. Harga pun ok lah. Memang mampu milik.

Yang buat tin tin ni bertambah cantek ialah penutup nya tu ada pulak tombol berbentuk ala ala diamond diatas nya. Kak Intan duk intai intai juga kalau kalau ada warna merah ker... pink ker tak pulak nya ini jer warna dan corak yang Kak Intan duk berkenan.
Ha...ha.. lepas ni kalau ada sapa sapa yang berkenan bolih lah kekedai tu nak mendapatkan nya. Kalau dah ada dalam rumah macam macam bolih simpan kat dalam tu... nak letak biskut raya pun bolih tau... Ok lah nanti kita sambung cerita lagi... nak intai paip air kat belakang tu dah keluar air ke belum... nak cuci kain baju yang dah macam busut jantan tinggi nya dalam bakul tu he..he... sampai jumpa lagi wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...