17 Ogos 2015

MAJLIS PERJUMPAAN SANTAI AIDILFITRI 2015 DAN MESYUARAT AGUNG PERTAMA PERSATUAN BEKAS MURID SMSA 74-78.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah dapat kita bertemu lgi buat kesekian kalinya lagi diwaktu ini. Bila ada kelapangan Kak Intan cuba untuk  memenuhi ruang blog Kak Intan ini. Hari Raya Aidilfitri 2015 telah pun berlalu beberapa hari yang lepas jadi ruang untuk berblog pun agak selesa sekarang ini, maklumlah selalu nya agak sibuk sikit dengan kerja kerja rumah yang tak pernah habis habis.


Sempena Aidilfitri yang baru lepas ada kenangan yang tak akan Kak Intan lupakan sebenar nya, kenangan bersama sama rakan rakan sekolah yang hampir 37 tahun kami  tinggalkan , pada 3 Syawal bersamaan dengan 19 hb Julai 2015 kami seramai 80 orang bertemu kembali disekolah tempat kami sama sama belajar dulu iaitu diSMK Sultan Abdullah Chenderong Balai, Teluk Intan Perak. Berbulan bulan juga Tuan Pengerusi dan juga Setiausaha kami membuat perancangan untuk mengumpulkan rakan rakan kami ini, kami ada lah pelajar pelajar dari tahun 1974 hingga 1978. Berkat usaha bersama kami bertemu juga pada hari tersebut dalam suasana yang santai dan meriah.

Majlis tersebut dimulakan dengan kedatangan Tuan Pengerusi kami saudara Ibrahim bin Abdul, 
dan kemudian nya Dato Ibrahim Katop untuk merasmikan majlis tersebut seterusnya merasmikan mesyuarat agung pertama bekas bekas pelajar 74-78. Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

Ada juga rakan rakan yang tidak dapat hadir dihari tersebut disaat saat akhir nya dengan hal hal yang tak dapat dielakkan, tapi insyaallah dengan tertubuh nya persatuan ini nanti akan ada lagi majlis majlis seperti ini diadakan. Mungkin ada kengkawan yang lain juga yang masih belum mendaftar dalam persatuan ini nanti  berpeluang turut sama meraikan majlis  seterusnya yang akan diadakan.

Buat pertama kali nya inilah barisan AJK yang dilantik buat pertama kali nya, yang mana kebanyakkan nya juga ada lah AJK Penaja sebelum ini. Alhamdulillah sekali lagi moga ukhwah kita berpanjangan sampai bila bila. Ok sampai disini dulu nanti kita jumpa lagi assalamualaikum..

03 Ogos 2015

MAKEOVER- TERENDAK LAMPU YANG DAH LAMA.



 Assalamualaikum,
Dah lama tak buat kerja kerja menukar terendak lampu macam ni... tangan pun dah keras nak mengikut lengkok lengkok besi tu.... he..he... apa pun kerja kerja ni buat Kak Intan hilang stress.
Nak tau kenapa? Selalu nya setiap apa yang kita buat tu menjadi dan menghasilkan sesuatu yang lebih cantek, maka nya akan menjadikan kita hilang stress. Kalau ianya menjadi sebalik nya mula lah mood pun hilang sama he...he...

Pada hari tu segala yang dirancang berjalan dengan lancar sebagaimana kehendak pelanggan yang menempah nya. Harap harap tuan punya terendak lampu ni berpuas hati dengan apa yang telah Kak Intan hasilkan untuk nya kali ini.


Ini lah hasil nya selepas Kak Intan tukarkan kain nya, yg sebelum ni bercorak bunga bunga..alhamdulillah.


Ok stop dulu yer sampai disini, nak masuk office kat belakang tu...apa nak masak pun belum tahu lagi... assalamualaikum... jumpa lagi.

TEMPAHAN DARI KOTA SINGAPURA..


Assalamualaikum,
Kali ini tempahan Kak Intan datang dari Kota Singapura, dia seorang kenalan lama Kak Intan melalui FB, terima kasih Kak Liah yang sudi membuat tempahan dengan Kak Intan, antaranya alas meja, sarung stool dan juga alas pinggan.


Cantek pulak bila dah dibentang kan atas meja tu lapik pinggan tu Kak Liah...saya sendiri pun tak terfikir nak buat macam tu Kak... terima kasih yer Kak bagi idea pada saya dan juga kawan kawan yang lain ..

CURTAIN UNTUK KAK ZAI

Assalamualaikum,
Alhamdulillah siap juga curtain austrian blind untuk Kak Zai ni. Minta maaf Kak Zai lambat saya siap kan. Lama kan akak menunggu nya untuk dipasang kan kat bilik akak tu...apa pun alhamdulillah yer Kak Zai sempat juga akak gantung sebelum raya... Ok lah nak out dulu  nak cari apa yang patut kat dapor tu...he...he... perut Kak Intan dah keroncong...assalamualaikum jumpa lagi nanti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...