13 September 2010

SALAM AIDILFITRI....

Salam Aidilfitri buat semua geng blogger yang sudi singgah diblog Kakintan ini. Apa khabar semuanya. Agak lama juga Kakintan tak letak entry disini. Sebelum tu SALAM AIDILFITRI buat semua kawan kawan, mohon ampun dan maaf zahir dan batin juga dari Kakintan sekiranya ada coretan coretan Kakintan disini ada yang terguris dihati ketika membacanya. Sesungguhnya tiada niat untuk melukakan hati sesiapa pun. Cuma mungkin ianya berlaku tanpa disedari. Maafkan Kakintan sekali lagi ya...

Tak balik kampong ke..raya kali ini?....Kakintan baru sahaja pulang keKuala Lumpur semalam. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik semuanya selamat dan tak banyak halangan. Kakintan pulang berhari raya diPerak pada pagi hari Khamis, selepas selesai solat Subuh setelah bersahur kali terakhir bagi Ramadhan 1431H.Terasa masa begitu cepat sekali berlalu Ramadhan kali ini. Entah kenapa entah, rasa macam tak puas lagi menunaikan ibadah puasa, Ramadhan telah meninggalkan kita dan kini tanpa kita sedari hari ini juga dah masuk hari ke4 kita semua berhari raya.

Aidilfitri kali ini Kakintan sambut dengan sederhana sekali, pakaian pun dibeli disaat saat akhir menyambut Aidilfitri. Bagi Kakintan tahun ini memang agak terasa kelainan nya, manakan tidak seperti tahun tahun yg lepas kalau balik kampong ada ibu yg menyambut kepulangan kami sekeluarga dimuka pintu... tapi sebagaimana yang anda semua tahu ibu Kakintan baru 2 bulan lebih meninggal dunia. Jadi ini tahun pertama Kakintan berhariraya tanpa kedua orang tua, baik sebelah Kakintan begitu juga pihak Hubby. Apa pun hidup perlu diteruskan.
Macam biasa, bila balik kampong persiapan menyambut Aidilfitri Kakintan buat sendirian kali ini, selalu nya Kakintan sibuk memasak berteman kan ibu Kakintan didapor, tapi kali ini....errrrmmmm... berteman kan airmata sambil memasak, ternampak2 bayang2 arwah emak menemankan Kakintan memasak didapor sambil bercerita tentang anak menantu serta cucu2 nya....uhhhhh...apa pun Alfatihah buat mak...semoga arwah tenang disana.
Sesampainya Kakintan dan family dikampong, kami terus kebandar Tk Intan mencari bahan keperluan untuk dimasak. Antara yang Kakintan masak Khamis tu ialah rendang ayam, dan juga ketupat segera. Adik beradik yang lain juga sibuk memasak dirumah masing masing. Tapi kami dah janji memasak menu yang berbeza..he..he... senang nanti bila mereka datang berkumpul kat rumah arwah emak macam macam menu yang ada. Adik beradik yang lain datang berkumpul pada hari raya kedua...jadi sebelum tu hanya keluarga Kakintan sahaja yang ada disitu. Ok lah sekian dulu catatan Kakintan buat kali ini...nanti kita sambung lagi cerita ya...salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.....

07 September 2010

SAMBUT RAYA BIASA BIASA AJE...


Salam semua....ermmmm nak cerita pasal sambutan raya kali ini...Aidilfitri yang Kakintan sambut kali memang betul betul sederhana. Guna balik apa yang ada ...cuma yang perlu dibersihkan dan kemuadian digunakan kembali he..he...contoh nya curtain yang ada kat dapor ni..baru je selesa dicuci lepas dah dikeringkan digosok dan digantungkan semula...

Segala barang barang hiasan yang ada juga Kakintan cuci ... buang segala habuk yang ada..lepas tu simpan balik kat tempat nya yang asal..habis cerita.


Segala curtain yang ada juga Kakintan guna je apa yang ada, ada beli kain konon nak buat curtain baru, tapi hati ni macam tawar je nak memulakan menjahitnya.

Sarong sarong kusyen pun begitu, cuma perlu tukar sarong yang mana ada dan bersesuaian dengan warna yang digunakan sahaja...

Ok layan dulu gambar gambar lama Kakintan yang mana ada ni... Salam dan selamat menyambut Aidilfitri 1431 H...semoga kedatangan Syawal kali ini memberikan seribu makna kepada anda semua...

06 September 2010

NASI GORENG KAMPONG & TELOR MATA.

Salam bertemu kita lagi. Subuh tadi masa bangun untuk menyediakan makanan untuk bersahur, pening Kakintan memikirkan nya. Apalah lagi yang na dimasak. Sejak akhir akhir ini dipenghujung Ramadhan tekak dah mula susah nak terima makanan, dapat air dan biskut kedai pun dah ok dah. Fikir punya fikir Kakintan buat nasi goreng je lah pagi tadi. Senang kan tak payah nak fikir banyak banyak. Anak anak pun suka kalau buat nasi goreng, Hubby pun sama juga. Janji kita bangun bersahur.
Nak bagi meriah lagi nasi goreng tu Kakintan taburkan dengan daun sup, buat telor mata, hiriskan sedikit timun dan buboh sedikit cili sos... bukan nya apa nak bagi mata anak anak ni celik sikit masa bersahur he..he...Kalau nasi sahaja nanti diorang tak berselera pulak sebab tak berwarna warni. Ok lah layan je la gambar nasi goreng yang Kakintan masak pepagi subuh tadi... Salam dan selamat bersahur.... he...he...

BERBUKA PUASA DI DOWN TOWN COFFEE & TEA..

Salam dan selamat malam semua.... apa gaknya juadah berbuka tadi?..Ini entry masa berbuka puasa petang semalam. Dek kerana badan dah penat seharian berjalan sekitar Jalan TAR dan juga kompleks kompleks membeli belah yang berdekatan , Kakintan bagi tahu En Hubby Kakintan nak belanja dia berbuka puasa hari tu. Lagipun kami berbuka puasa berdua2an je petang semalam. Anak anak ada masing masing punya program. Jadi kalau masak pun macam tak berbaloi je sebab yang makan kami berdua. Banyak juga tempat yang kami pergi, kesemuanya dah penoh. Hanya diDown Town Coffee & Tea yang masih banyak kekosongan tempat duduk. Ok lah tu tak jauh pun dari rumah.
Kakintan order air barley, kebetulan tekak terasa agak perit dua tiga hari ni. Dah lama tak minum, sedap pulak rasanya ditambah pula dengan aromanya seperti bau daun pandan, memang menepati citarasa Kakintan dan suami. Tak cukup dengan air tu Hubby order pula kopi panas.

Makan pula kami cuma order nasi ayam...ada set kalau kita nak, jadi Kakintan order 2 set. Disamping nasi ayam disediakan nya juga dessert berupa puding mangga yg diorder En Hubby. Kakintan pula order puding kelapa muda. Kesemuanya bolih tahan la sedap juga. Harganya memang mampu untuk semua orang yang berkeinginan makan disitu. Tak la mahal sangat dan tak juga murah sangat.


Nasi ayam nya juga sedap... tapi yang tak best supnya agak sejuk masa dihidang kan...Kalau panas memang ummmmppppp lahhh..... he..he....tak apa lah pertama kali makan disitu .

Kakintan juga order rojak buah yang memang peberet Kakintan juga Hubby. Wahhhh..memang best ada pedas, masam , masin , dan manis, dah cukup lengkap dah tu... Selesai berbuka kami bergegas balik kerumah menunaikan tanggung jawab, tak jauh pun dalam 5 minit je perjalanan dah sampai rumah.. ok lah tu kan alhamdulillah .... makan yg sederhana je...sampai disini dulu entry Kakintan malam ini. Salam dan selamat berpuasa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...