13 April 2011

DAGING MASAK DENDENG....

Assalamualaikum,
Selamat bertemu lagi, dah siap masak ke? apa menu tengahari ni? Ini menu yang Kak Intan masak tengahari semalam, daging masak dendeng salah satu menu kegemaran seisi keluarga. Dapat makan dengan nasi panas ada pulak ikan masin sikit , sayur tumis tumis sikit...huwahhhhh...dah memang sesuai sangat dah kan.
Resepi yang Kak Intan gunakan-
Bahan bahan nya:-
1/2 kilo daging yg direbus, ditumbuk dan digoreng
10 ulas bawang merah-diblender
1 ulas bawang putih-diblender
Cili kering siap belender
Cili sos- sedikit sahaja
Kicap pekat
sedikit gula
sedikit garam
sedikit oyster sos.

Caranya:-Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga garing dan naik minyak masukkan sedikit sos cili, sos tiram dan juga kicap pekat,masukkan daging garam dan gula, gaulkan hingga sebati sehingga sambalnya sebati dengan daging dan angkat. Bolih lah dihidangkan. Selamat mencuba. Wassalam.

12 April 2011

MENU ULANGAN LAGI...

Assalamualaikum,
Pada kawan kawan surirumah, dah masak ke?...masak apa la agak nya hari ni?
Kak Intan pulak hari ni duk masak nasi je, kerana lauk yang dimasak malam tadi masih banyak lagi, nak tau apa lauknya jummm...kita zoom gambar nya ni.
Alahai, buat masak daging dendeng je...malas nak pikir banyak banyak apa ada buat ..he..he... ok lahhh..wassalam

BERTEMU KAK LIAH...

Assalamualaikum,
Jumpa kita lagi dipagi hari Rabu yang ceria ini. Entery kali ini tentang pertemuan pertama Kak Intan dengan rakan FB lagi. Kali ini Kak Intan bertemu Kak Liah (Kamaliah Idrus) yang datang bersama suami dan salah seorang anak nya. Malam tu kami berjanji dihotel dia menginap iaitu depan Hotel Legend THE MALL, dari situ Kak Intan dan suami bawa dia makan kesatu gerai terkenal sekitar Kg Baru. Iaitu gerai NASI LEMAK ANTARABANGSA. Kata nya setiap kali turun ke KL tak berpeluang merasa menu tersebut sebab tak tau jalan nak mencari nya.
Akhirnya malam tu dapat juga Kak Liah serta keluarga menjamu selera disitu. Sedap tak Kak? He..he....maybe lepas ni Kak Liah dan keluarga bolih kesitu lagi kan. Insyaallah kalau nak makan ketempat lain bolih juga apa salah nya Kak Liah. Kak Intan kenal Kak Liah ni dari FB je...dia selalu komen gambar2 yang Kak Intan publish kan disitu. Orang peramah sangat, tak jemu2 bercerita tentang keluarga sendiri. Dia datang keKL pun untuk bershopping sebab Kak Liah bakal menerima menantu awal tahun depan. Jadi dia buat persiapan dari sekarang.
Masa datang Kak Liah bawa buah tangan untuk Kak Intan, adusssss....canteknya Kak Liah oiiii.... balik malam tu Kak Intan gosok terus pasang kat meja bulat tepi tu...Ehehhhh...memang cantek, memang seksi siap ada kerawang2 lagi...Kak Intan suka sangat. Ok Kak ...sampai disini dulu coretan Kak Intan, jumpa lagi dicoretan akan datang, wassalam..

10 April 2011

MAKAN MAGGIE JE LAHHH.....

Assalamualaikum,
Bertemu lagi kita dipagi pagi hari Isnin ini dengan menu yang ringkas Kak Intan masak malam tadi. Ada nasi, ada lauk ada sayur yg dah siap masak tapi masing masing tak selera nak makan. Mungkin faktor cuaca atau apa pun tak tahu lah masing2 semua tak nak makan nasi. Ada yang minta masakkan maggi kari.. yeahhhh...itu lah yang paling berselera sekali kan he..he... tapi jangan makan selalu sesekali tu tak apa lah juga.
Macam biasalah Kak Intan pun masak lah maggi ni 3 bungkus untuk makan 4 beranak je...tumis letak bawang putih, udang sikit, telor sikit, sayur sikit, kuah lebih ha..ha... senang je..kuah tu nak hirup panas panas baru lah ada rasa umppp kan...he..he... ok jum layan pic ni..Wassalam...nanti kita jumpa lagi dientry yg lain pula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...