22 Ogos 2012

DIPAGI 1 SYAWAL

Assalamualaikum,
Salam Aidilfitri buat semua pengunjung JARIINTANKU.BLOGSPOT.COM...sorry busy sambut hari raya tak habis habis lagi. Nak letak entry pun asyik tergalang galan aje. Maklumlah baru nak mengadap pc ada tetamu datang. Apa pun terima kasih banyak banyak pada yang sudi berkunjung kesini.Gambar gambar yang Kak Intan share disini diambil pada 1 Syawal...sebelum berangkat pulang kak Intan dan keluarga pastinya akan merakam kan gambar2 bersama keluarga dirumah Kakak sulong Kak Intan ini.

Ini lah gambar kak Intan sekeluarga bersama tuan rumah ini... tuan rumah ni merupakan kakak yang sulong dalam family kak Intan...kami ibaratkan dia sebagai ibu kami selepas arwah emak meninggal 2 tahun yang lepas.Jadi disini lah setiap tahun kami menyambut 1 Syawal.


Masing2 dah siap2 tak sabar nak balik Teluk Intan...Yang ini En.Hubby dan anak Kak Intan yang no 2...abang Ngah.

Tahun ni giliran Along kasi angpau pada cucu2 saudara he..he....

Masa ni tak sabar2 dah nak sampai kekampong halaman sendiri diChenderong Balai...

Ini lah rumah Kakak yang kami tinggalkan ...dan menuju kekampong halaman sendiri pula... wassalam...nanti cerita pula sepanjang perjalanan keTeluk Intan dimana kami singgah menyinggah pula...




SALAM AIDILFITRI DARI KAKINTAN SEKELUARGA..



Assalamualaikum, 
Selamat bertemu kembali dipagi hari Jumaat yang mulia ini. Dah lama rasa nya Kakintan tak letak entry2 baru , agak sibuk sejak kebelakangan ini. Apa pun Kak Intan nak mengucapkan Selamat Hari Raya AIdilfitri kepada semua muslimin dan muslimat dimana jua berada samaada jauh dan dekat terutama nya kepada semua blogger2 yang selalu singgah diJARIINTAN KU ini. Mohon ribuan ampun dan maaf sekira nya ada salah silap atau terkasar bahasa melalui enrty2 diblog Kak Intan ini tanpa disedari. Diam tak diam dah hampir seminggu kita berhari raya. Begitu cepat masa berlalu. Tahun ini Kak Intan macam juga tahun lepas pulang berhari raya dirumah kakak Kak Intan yang sulong diFelda Gunung Besout 1, Sungkai Perak. Sehari sebelum berhari raya Kak Intan dan Family berangkat balik kesana. Dihariraya pertama sebelah tengaharinya baru Kak Intan sekeluarga balik dikampong halaman diTeluk Intan. Ok sampai disini dulu entry Kak Intan kali ini.... nanti Kak Intan sambung lagi cerita tentang hari raya 2012 ini ya... wassalam dan SELAMAT HARI RAYA.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...