28 Februari 2013

JUM DECO LAGI.. KALI INI LAMPU YANG INI PULA....


Assalamualaikum,
Layan dulu gambar gambar ni ya....



SERONOK JOIN CAR BOOT SALE BANDAR SERI PUTRA KAJANG..


Assalamualaikum,
Minggu lepas Kak Intan jalan jalan ikut seorang kawan keBandar Sri Putra Kajang, melihat geng geng dari FB membuat jualan car boot sale. Lepas sahaja solat Subuh Kak Intan dan suami pun keluar rumah, menuju keTmn Setiawangsa kerumah Nik Norzarina yang juga membuat jualan car boot sale disana. Nik Nor pergi bersama sama anak dan suami nya, sesampai nya kami diSri Putra, kami tengok dan ada beberapa orang yang siap membuka boot kereta masing masing dan mengeluarkan barang masing masing, mak oiiiii macam macam ada.


Apa pun Kak Intan sempat juga membeli beberapa keping pinggan kecil ini untuk kenangan dari Nik Norzarina. Cantek cantek corak nya.

Dibahagian belakang piring2 kecil terdapat chop seperti yang tertera. 


Cantek cantek coraknya kan, sebab tu Kak Intan sangat tertarik, agak berbaloi juga dengan harga yang Kak Intan beli.

Ini lah cop yang terdapat dibelakang nya...
Insyaallah lepas ni kalau ada masa lagi Kak Intan akan kesana lagi,selain dapat berjumpa kawan kawan yang punya minat yang sama dapat juga cuci2 mata dengan barang2 barang yang cantek2. Selain itu dapat juga menderma kerana sebahagian dari hasil jualan mereka didermakan untuk mendirikan Sekolah ugama dikawasan Bandar Sri Putra tersebut. Ok sampai disini dulu catatan Kak Intan buat kali ini...wassalam.

KRAFT TANGAN MENGHIAS LAMP SHADE LAGI...


Assalamualaikum,
Apa khabar? Dah beberapa hari tak update blog JARIINTANKU ini..agak sibuk beberapa hari ni. Macam macam yang dibuat. Antara nya ini lah aktiviti terbaru Kak Intan, menghias lampshade yang Kak Intan tukar sarung nya dari berbunga kepada polos.

Seronok buat kerja kerja ni, kalau bolih macam macam yang nak ditambah untuk mencantekkan nya, kali ini Kak Intan tambah lace yang biasa nya orang letak/jahit pada baju, tapi entah macam mana terfikir pula nak menghias nya pada terendak lampu ni.
Jadi ini lah hasil nya yang dapat Kak Intan kongsikan disini. Dulunya lampshade ni berbunga bunga, tapi warna nya agak kusam, jadi Kak Intan ambil keputusan untuk menukarkan seperti yang dilihat sekarang. Ok layan dulu gambar gambar ni ya... wassalam.

15 Februari 2013

TERIMA KASIH PADA ENCIK HIDAYAT FAHMI HANTARKAN ALMARI TU SAMPAI DEPAN PINTU.

 Assalamualaikum,
Dah lama Kak Intan order almari tu dari En Hidayat Fahmi di Sungai Petani Kedah, rasa nya sebelum Aidilfitri tahun lepas lagi, akhirnya pada pertengahan Disember lalu En.Hidayat dan isterinya baru sempat menghantarkan nya kerumah Kak Intan.

Dah tak tahu mana nak letak kan lagi..letak aje lah kat penjuru tepi tu.Ok la kan tak la nampak padat sangat. Memang dah lama berkenan dengan almari putih ni, kebetulan tengok harga yang Encik Hidayat berikan sangat memuaskan dan berbaloi baloi, apa lagi tak tunggu dah cepat cepat rembat satu, kebetulan saiz nya pun tak la besar sangat sesuai la untuk rumah burung macam rumah akak ni kan..
Tapi tu lah...dah nampak berbelang2 pulak perabut kak Intan ni kan...kalau dapat diputihkan semuanya satu hari nanti kan ke bagus... insyallah berangan je dulu ni, mana tahu esok lusa ada rezeki bolih ubah kewarna putih pula semuanya...  Layan dulu ya... wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...