22 Ogos 2013
SERONOK BERAYA DITAMPIN.
Cerita hari raya tahun ni tak habis lagi. Ini kali pertama Kak Intan menyambut hari raya dirumah sendiri setelah hampir 30 tahun berkahwin. Selalu nya setiap kali hari raya kami menyambut nya bersama sama keluarga dikampung atau pun disebelah keluarga mertua di Kuala Lumpur juga.... tapi kali ini setelah kedua2 orang tua kami tiada Kak Intan ambil keputusan nak cuba cuba beraya dirumah sendiri. Selesai solat sunat hari raya pagi tu dimasjid Wangsa Maju yang berdekatan dengan rumah kami sekeluarga mula nya berhari raya dirumah jiran sebelah. Yang paling dekat dengan rumah Kak Intan, kemudian kami semua siap siap packing barang dan pakaian menuju keselatan, mulanya kami singgah di Tampin iaitu Kg Repah, tempat tinggal anak saudara suami untuk bertemu dan beraya dengan kakak sulong sebelah suami.
Memang meriah kalau beraya dikampong ni kan, tak macam dibandar, seronok nya pun lain dari dibandar. Ini antara keluarga sebelah suami Kak Intan yang turut sama menyambut raya diTampin pada hari tu.
Sambil sambil tu posing sana posing sini ambil gambar dengan suasana kampong. Memang seronok, dari rumah anak saudara suami Kak Intan sekeluarga beraya pula dirumah sorang kenalan blogger geng masak masak dulu, nak tahu sapa nanti kita sambung lagi cerita nya ya... wassalam.
MASAK LEMAK CILIPADI TELOR ITEK + BUAH BELIMBING BULOH.
Assalamualaikum,
Cerita pasal masak memasak lagi, hari tu ada lah stok belimbing buloh punya la banyak dalam fridge Kak Intan tu, tak tau apa nak buat, ya ta iye nya, dekat rumah Kak Intan tu setiap malam Selasa ada Pasar Malam, Kak Intan pun cari lah telor itek, ni suami Kak Intan punya permintaan la ni katanya belimbing buloh tu buat masak lemak dengan telor itek memang the best lahhh. Alhamdulillah banyak juga telor itek malam tu senang nak dapat, tapi harga nya mak aiiiiiiihhhh malatop betullah..... sebiji sampai 80sen, nak buat macam mana beli ajer lah, dah permintaan kan, tak sampai hati pulak nya. Jadi kak Intan pun masakkan lah, resepinya? kejap ya...
Bahan bahan nya:-
10 biji telor itek
15 biji belimbing buloh ikut suka nak belah 2 pun bolih nak letak sebiji2 pun ok juga
15 biji cili api
sedikit kunyit hidup
beberapa biji bawang merah
Santan dari sebiji kelapa
Caranya:
Telor itek dibersihkan dan ditoskan, kemudian dipecahkan kedalam mangkuk terlebih dahulu, takut2 nanti ada stok telor yg kurang elok, sediakan santan , blenderkan cili api, kunyit hidup, bawang merah. Masukkan kedalam periuk beserta santan yg diperah tadi, juga beberapa batang serai yg dititik terlebih dahulu. Masak sampai mendidih sambil santan tadi dikacau perlahan2 takut2 nanti pecah minyak pula dah mendidih masukkan telor itek sebiji sebiji sampai habis biarkan dalam 5 minit kemudian kacau perlahan2 supaya nampak bulat dan cantek. Bila telor itek nya dah betul2 masak, baru masukkan belimbing , biarkan dalam 5 minit kemudian barulah diangkat. Selamat mencuba, wassalam.
21 Ogos 2013
PUCUK PAKU GORENG BELACAN.
Assalamualaikum.
Selamat bertemu kembali dah lama tak update entry pasal masak memasak kan, dah hampir setengah bulan Syawal berlalu, dah jemu dengan menu menu ayam dan daging jadi hari ni Kak Intan kepasar tadi nampak la pucuk paku tinggal lagi 2 ikat. Cakap kat tauke kedai kat pasar tu, tak apa lah biar saya yang tolong habiskan pucuk paku ni, lagi pun dah lama tak masak sayur pucuk paku .
Balik rumah dah tak tau apa nak masak dengan pucuk paku ni tadi, nak buat kerabu kena ada kerang, kena ada kerisik baru sedapkan ia tak ya, masak je lah tumis belacan macam masak kangkung goreng belacan tu.Ok settle dah satu menu sayur Kak Intan kali ni. Sedap tak sedap hanya tunggu komen orang yang makan nya tu nanti he...he... Ok lah sampai disini dulu ya. Wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)


