18 Mei 2014

WARNA PUTIH JUGA YANG SESUAI AGAKNYA...

  Assalamualaikum,
Dah guna macam macam warna dalam bilik tidur yang satu ni, pernah guna warna pink, kuning , purple dan ada dua tiga warna lagi yang akak sendiri dah lupa...tapi rasanya warna putih juga yang sesuai Kak Intan gunakan.
Mungkin kerana keluasan bilik ni yang terhad hanya warna cream dan juga warna putih yg sesuai untuk digunakan betul tak? Teringin juga nak gunakan warna2 yang lain pula lepas ni... warna apa yer agak nya? Sebelum tu nak share dengan sudut sudut ni yg sering berubah rubah tempat barang barang nya tu. Begitu la setiap kali bila dah jemu dengan barang barang ni disatu satu tempat. he...he.. ok lah nak mengundurkan diri terlebih dahulu... jumpa lagi yer. wassalam.

TUKAR WARNA BIRU..UNTUK BILIK BUJANG.

  Assalamualaikum,
Dah lama tak buat aktiviti yang satu ni, macam macam yg dah dirancangkan untuk ditukar, bukan nya nak beli baru pun cuma nak buat makeover jer tau. Kali ini nak cuba tukar kewarna biru pula cadang nya didalam bilik anak bujang Kak Intan tu. Mula mula sekali kenalah makeover lampu lampu dalam nya tu dulu. Teringin nak guna corak gingham biru putih ni, sesuai tak?

Mula nya nya ini kaki lilin , tengak terfikir kalau dijadikan ala ala lampshade pun chantek juga kan cuma kena pandai pasangkan wayar dan juga ubahsuai tempat letak lilin tu jadikan ianya tempat mentol nya ajer... cantek juga kan.


Lepas tu lampu dinding ni pun Kak Intan dah siap tukarkan, dulu cover nya tu kaca warna ala ala kekuning2kan , nampak macam ganjil pulak nya, cuba cuba pasangkan cover yang ini, alhamdulillah pulak nya...ngammmmm lahhh...


So habis semua lampu dinding ni Kak Intan tukar kan, yang ini cuma satu jer cover nya... ehehhh selesai dah tugas Kak Intan hari ni untuk lampu dinding... beralih pula kesatu lagi lampshade . Kebetulan cover nya pun ada extra satu lagi, cepat2 Kak Intan koyakkan sarung yg lama tu warna choklat dan tukar kan juga kewarna biru putih ni... alhamdulillah selamat semuanya warna dah ditukar kebiru putih, lepas ni nak kena tukar cadar nya pula...

Okey lah sampai disini dulu yer, nanti kita sambungkan pula apa cadar sesuai untuk bilik bujang ni lepas ni... sampai jumpa dientry akan datang wassalam.

16 Mei 2014

DIMAJLIS PERKAHWINAN ANAK YANG OTHMAN AIR KROH MELAKA.

 Assalamualaikum, 
Kita bertemu kembali dipetang Jumaat yang mulia ini. Nak story sikit tentang majlis perkahwinan Azfar dan pasangan nya Siti Aishah, anak kepada rakan FB Yang Othman diAirKroh Melaka , minggu lepas. Bukan main meriah majlis nya, tahniah buat Kak Yang dan suami kerana dapat menantu yg comel. dan kepada pasaangan pengantin Kak Intan ucapkan selamat pengantin baru moga moga kekal hingga akhir hayat dan rumah tangga diberkati Allah dunia dan akhirat.

Pengantin cantek pelamin nya pun sama cantek, sempat juga menepong tawar pasangan pengantin bersama sama suami. Terima kasih Kak Yang dan Abang Cha mengundang kami kemajlis bersejarah tersebut, makanan pun alhamdulillah sedap sedap semua nya terutama tapai pulutnya...muahhhhh....teringat sampai sekarang punyalah manis nya.

 
Dimajlis itu juga sempat bertemu dengan rakan rakan FB dari Singapura, iaitu Suriyani Sulaiman sekeluarga dan juga Kak Kamaliah Idrus juga keluarga. Alhamdulillah setiap kali ada majlis macam ni pabila diundang kami semestinya menghadirkan diri kiranya ada peluang.

Tak lupa juga Kak Hidyah Yusof juga suami isteri turut hadir. Alhamdulillah sebenar nya kami dah lama tak bersua, maklumlah masing masing sibuk dengan tugas masing masing jadi bila sesekali bertemu, apa lagi semestinya ambil peluang posing sana posing sini.
Ok sampai disini dulu cerita kali ini, nanti kita sambung cerita dientry lain pula, insyaallah, wassalam jumpa lagi.....

21 April 2014

DAPOR YANG SEKARANG ..BUKAN DAPOR YANG DULU LAGI.


Assalamualaikum, 
Dah makan tengahari? Sementara menunggu ikan digoreng didpor tu masak , Kak Intan nak kongsikan keadaan dapor dirumah Kak Intan yang tak seluas mana pun. Sajer jer kan he...he.. berkongsi idea. Dulunya ini lah rupa dapor Kak Intan , Kak Intan gunakan langsir ala cafe. Entah kenapa minat sungguh langsir macam ni tambah tambah lagi kalau warna nya putih.


Dah lama sangat gunakan langsir tu, dah naik bosan pulak Kak Intan memandang nya ha...ha... terfikir pulak nak tukar curtain design lain. Pilih punya pilih ternampak sorang kawan didalam FB menjual curtain yang dah siap...ermmmm... beli.. tinggal pasang jer lagi.. so , apa lagi cepat cepat la buat kerja punggah sana punggah sini. Konon konon nya nak nampak sedikit kelainan pula kali ni. Bagi tau suami apa kata singki ni dialih kebahagian belakang, jadi kawasan ni tak la nampak sangat macam dapor dari bahagian depan tu.

 
Alhamdulillah, dah siap pun dipindahkan singki tadi kebelakang, mula la kerja kerja memindahkan pula sebahagian barang barang yang ada tu ketempat lain pula , atur strategi macam mana nak nampak ianya berlainan dari yang sebelum nya, dan hasilnya inilah dia. Nampak macam cacamarba tak? Rasa macam belum berpuas hati lagi tu... macam ada ajer yang tak kena, tak apa buat sementara  inilah bahagian dapor tempat memasak Kak Intan yang dulu nya. Tapi sekarang tak lah nampak macam dapor sepenuh nya kan? Ok lah sampai disini dulu.... dah siap pun ikan digoreng tadi... nak suru kejap ehhh...

Jumpa lagi dientry seterusnya, wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...