16 Januari 2009

PICNIC DI KG KEMENSAH




Pada 4hb January yang lepas(ahad) kami mengadakan satu perkelahan di sungai Kg Kemensah , terletak dibelakang Zoo Negara. Tempat ni sememang nya ramai pengunjung terutama bila cuaca panas dihujung hujung minggu. Lagi pun inilah tempat yg paling dekat dengan Kuala Lumpur untuk dikunjungi. Perkelahan ini dirancang olih anak saudara En.Hubby (kak Long) dengan anak Kakintan sendiri (Ewan). Sebelum kami pergi kesana....tiga hari sebelum tu Kak Long dan Ewan telah meninjau kawasan yang sesuai untuk kami dan keluarga masing2 melepak dan menempatkan barang2 makanan dan minuman yang dibawa. Akhirnya sebuah chalet telah kami sewa dengan harga RM50. kedudukkan chalet tersebut berada betul2 atas air sungai Sg Kemensah, memang sangat2 lah sesuai untuk menyalin pakaian dan juga menjamu selera. Ada juga kemudahan lain yang disediakan olih pihak pengurusan seperti air paip, toilet dan tempat untuk memasak (memanggang) BBQ. Kami berkumpul disitu seawal jam 10 pagi. Perjalanan dari rumah masing2 mengambil masa tidak sampai setengah jam. Sampai je kesitu anak2 saudara semua berebut2 untuk terjun kesungai...masing2 tak sabar2 untuk berendam. Bukan setakat anak2 saje yang tak sabar berendam ibu bapa pun sama macam anak2 mereka. Ha....ha..ha..memang menyeronokan..

Mana yang mandi...mandilah...kami yang kaum ibu dan bapa membuat penyediaan makanan.
Macam2 makanan yang dibawa dari rumah, Kakintan menyediakan nasi putih, muffin choclat chips dan air, yang lain2 tu ada yang membawa meehoon goreng, nasi lemak, roti, bubor kacang,buah tembikai, sayur yg siap dimasak. Selain dari tu kami juga masak BBQ ayam dan kambing yang diperap sendiri dirumah malam sebelum tu....memang enjoy habis...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...