14 Februari 2009

PERSIAPAN UNTUK MENYAMBUT 100 TAHUN VICCB.

Pertunjukkan sedang dijalankan ......




Ezzat dan rakan2 bersiap untuk latihan.


Malam tadi Kakintan dan hubby seperti tahun lepas, pergi kesekolah anak Kakintan.... untuk melihat Ezzat dengan rakan rakan group VICCB nya mengadakan latihan....Latihan diadakan untuk menyambut pengistiharan VI sebagai sebuah sekolah warisan yang pertama diMalaysia dan juga sambutan 100 tahun VICCB ditubuhkan...... seronok bila melihat gelagat mereka sewaktu mengadakan sessi latihan...tambah bersemangat apabila mereka mula mengenakan uniform khas.....seperti tahun lepas Ezzat dan rakan rakan VICCB yang lain akan mengadakan latihan bermula dari pagi...sehinggalah kul 10 malam..kami sebagai ibubapa murid murid VICCB digalakkan untuk memberikan sokongan dan dorongan pada setiap pelajar yang mengadakan latihan...setiap kali latihan diadakan kami bagaikan sebuah keluarga yang besar..... kami sama sama menyediakan makan dan minum mereka sehingga selesai latihan dijalankan....selesai sahaja latihan mereka disediakan hostel yang khas untuk para pelajar berehat dan tidor.....Hari ini S.M.K. Victoria telah kembali kepada nama asal nya iaitu Victoria Institution dan hari ini juga VICCB (Victoria Institution Cadet Corp Band) menyambut hari ulangtahun nya yang ke 100 tahun. Semoga VI terus berkembang maju untuk masa masa yang akan datang dan generasi seterusnya.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...