Inilah hari kedua jadi "makcik kantin" pada malam 31hb May yang lepas, malam tu Victoria Institution mengadakan persembahan Tattoo dipadang sekolah nya...ramai juga pengunjung nya pada malam tersebut...makcik kantin dan pak cik kantin macam biasa lah ..berniaga makanan dan minuman sampai kul 11.30malam kesemuanya habis dijual...sungguh memuaskan pendapatan hasil dari berniaga pada malam tu...tak caya tengok ni...mak cik kantin dan pakcik kantin dalam sessi kira mengira duit jualan...he....he....cikgu cikgu kat sebelah tu tukang perati aje.....He....he...sibuk betul "pak cik kantin " ni (En.Hubby)..menyiapkan air kopi....
Pada 30hb May yang lepas sekolah tempat Ezzat belajar,...mengadakan Carnival tahunan nya. Kakintan dan En Hubby serta ibu bapa pelajar yang lain dimana anak anak mereka menjadi ahli VICCB bersepakat untuk berniaga pada hari tersebut untuk menambah dana persatuan ini. Semenjak tahun lepas lagi ini lah aktiviti Kakintan dan Mr Hubby jika ada masa lapang..apa saja persatuan itu lakukan kami akan turut serta, selain mengisi masa lapang dapat juga mengeratkan tali siraturrahin antara kami ibu bapa dan guru guru di Victoria Institution.Memang seronok bila ada carnival sebegini....kami para ibu bapa pelajar berniaga seawal jam 7 pagi lagi..macam macam makanan yang kami jual antaranya nasi lemak, karipap, nasi goring , meehoon,nasi campor, air minuman tin, air mineral, chendol dan bermacan macam jenis kuih muih lagi....yang seronok nya kesemuanya habis dijual. Petang tu perniagaan kami tamat pada jam 5 petang...ini adalah untuk sessi pertama perniagaan kami pada hari Sabtu tu.. oh ya ianya dirasmikan olih TPM kita Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga isteri beliau, kebetulan anak TPM belajar sama disekolah tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan