
Salam semuanya yang berkunjung keblog Kakintan, Kali ini nak berkongsi cerita tentang majlis perkahwinan yang Kakintan hadiri malam minggu lepas...sebelum tu inilah door gift yang Kak Intan dan En Hubby dapat...cantek la pulak walau pun nampak simple...

Majlis perkahwinan ini berlangsung di Kampong Pengantin lagi pada 5hb Disember yang lepas. Sebelum itu pada 4 hb Disember, Azliyanty Ibrahim yang juga seorang pembaca berita diTV3 telah dinikahkan dengan pasangannya diMasjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.
En.Hubby kalau kerumah majlis perkahwinan suka berpakaian baju melayu serta bersongkok tinggi....takut juga silap silap kang orang kata ini bapa pengantin..he....he....tapi malam tu ramai juga tetamu yang berpakaian baju melayu...mungkin sebab ramai VIP2 yang datang terutamanya malam tu tetamu istimewa pengantin ialah Dato' Mukhriz Mahathir dan isteri serta orang orang kuat diTV3.
Moga pasangan berbahagia hingga ke akhir hayat..Amin!...Best juga makan kenduri yang bermusim kan!!! Nanti dah habis musim kenduri..musim timang anak pulak...hihihi!
BalasPadamsalam Watie...betul tu...bila yang subur tu cukup masa nya berderet2 timang anak he..he...begitulah putaran alam he..he..
BalasPadam