30 Mei 2010

SAMBAL BELACAN BUAH BACANG/ TAUGEH IKAN MASIN...

Salam dan selamat pagi diminggu yang baru ini.... apa khabar semuanya?Ermmm..... dah 2/3 hari Kakintan tak letak N3 pasal makan makan ni... sibuk dengan jumputan kenduri kahwin sempena cuti Wesak Day ini.. jemputan bukan main banyak lagi. Tak tahu mana satu nak didulukan.. ok lah berbalik pada N3 Kakintan kali ini tumis taugeh dengan ikan masin kurau. Dah agak lama tak masak sayur taugeh... dalam rumah Kakintan hanya berdua je yang makan sayur taugeh ni... anak anak tak layan...kalau goreng mee/meehoon atau apa sahaja yg bolih dicampor taugeh memang diorang tak akan sentuh. Tapi hari tu dah teringin sangat nak makan sayur ni masak la juga sikit.
Sayur ni kalau nak makan jangan tunggu dah sejuk, memang lah tak sedap, sebaiknya makan semasa masih lagi panas. Nak tambah sedap lagi kita lawan kan pula dengan sambal belacan buah bacang. Betul tak?... he...he...Ok sampai disini dulu ya....salam dan bye bye....

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...