12 Jun 2010

MAJLIS PERTUNANGAN DIFELDA VILLA...ANTARA HELMI DAN ZILA.

Salam dan selamat berhari minggu, bukan main cerah lagi pagi ini...harap ianya akan terus cerah sehingga kepetang nanti. Bukan nya apa hari ini juga ada beberapa jemputan perkahwinan yang akan Kakintan dan keluarga kunjungi disekitar Kuala Lumpur ini. N3 kali ini ialah sewaktu Kakintan dan Mr Hubby ke Felda Villa diJalan Gurney malam tadi pertunangan antara Helmi dan Zila...majlis nya sederhana tapi agak meriah juga. Kakintan kesana atas jemputan pihak lelaki yang merupa kan adik ipar kepada adik Kakintan sendiri dari Tanjong Karang Selangor.
Tahniah buat Helmi dan Zila kerana selamat melansungkan pertunangan tersebut.Semoga pertunangan ini kekal hingga kejinjang pelamin. Inilah sebahagian dari hantaran dari pihak Helmi, nampak sweet sangat dengan tema nya berwarna pink/putih, manakala pihak perempuan pula bertemakan warna orange.
Helmi dan Zila sewaktu melayan tetamu yang datang meraikan majlis pertunangan mereka. Zila juga menyambut hari lahir nya yang ke24 pada tarikh yang sama, sebuah kek khas disediakan olih Helmi untuk Zila malam tadi...selesai sahaja tetamu makan dengan hidangan disediakan olih pihak D'Saji Restoren Helmi keluar dengan sebiji kek yang dipenuhi lilin yang menyala ditiup olih Zila. Rasanya ini surprise untuk Zila. Semoga Zila panjang umur, murah rezeki dan dan Allah memberkati hidup Zila sekeluarga dunia dan akhirat.

Restoren D'Saji yang menyediakan hidangan untuk para tetamu yang datang kemajlis pertunangan tersebut, yang special nya adalah Nasi beriayani dan nasi putih, Ayam masak Beriani, Rendang Tok (daging), nenas masak bombay, acar timun/carrot dan juga nenas, kuih muih, desert buah buahan dan juga meehoon sup utara serta minuman.
Meja utama untuk kedua ibu bapa Zila dan juga Helmi menjamu selera termasuk juga yang bertunang Zila dan Helmi
Meehoon sup utara yang disediakan...sedappp
Kuih muih yang disediakan juga antara nya bahulu gulung dan juga 2 jenis kek
Hubby memulakan dengan memakan desert terlebih dahulu sebelum makan nasi dan makanan makanan yang lain.
Majlis tersebut yang dimulakan jam 8 malam tamat pada jam 10.30 malam. Kedua dua pihak melakukan pertukaran hantaran diakhir majlis dan sampai disini juga catatan Kakintan untuk kali ini.

Salam dan bye...bye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...