04 Jun 2010
PANDAN BUTTER CAKE...
Salam dan selamat malam semua, selamat bercuti hujung minggu dan selamat menjamu hidangan makan malam juga. Apa agak nya hidangan untuk malam ini?... Siang tadi entah macam mana masa berfacebook ternampak lah satu resepi dari Ida Bakery...nampak macam senang je nak buat nya. Bahan bahan pun ada dalam stok, jadi Kakintan pun cuba lah buat....
Bahan bahan yang digunakan:-
250 gram butter
250 gula halus
250 gram telor-lebih kurang 5 biji
250 tepong naik sendiri
Pandan paste
Pandan essen
Kelapa kering/badam- yang ni Kakintan tak letak ...mmg tak ada dalam stok.. ianya adalah sebagai hiasan untuk ditaburkan diatas nya.
Caranya:-
Pukul butter dengan gula hingga kembang, masukkan telor, putar sekejap. Masukkan tepong dan kacau hingga sebati masukkan pandan paste dan panda essen, sebelum tu kata Ida, kalau nak buat dua tone asingkan lah sebahagian nya baru dicampurkan dengan pandan paste tadi. Masukkan dalam loyang yg dah disapukan dengan sedikit majerin. Taburkan dengan kelapa kering dan juga kepingan badam tadi. Bakar dengan suhu 180 dengan masa lebih kurang 40 minit.
Ok ini lah hasil yang Kakintan dapat, semerbak bau nya satu rumah masa membakarnya tadi... Makan pulak masa panas panas lagi tadi. Sedapppp thanks Ida kerana berkongsi resepi...
Salam dan bye...bye....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan