09 Julai 2010

BUBOR KACANG + DURIAN...

Salam.... kali ni entry tentang desert yang dimasak petang semalam.... nampak nya semenjak buah durian kembali banyak dipasaran ni.. mula lah hari hari makanan bercampor dengan buah durian. Kelmarin beriya iya En.Hubby membeli kacang hijau dan juga buah durian, katanya dah lama tak makan bubur kacang yang bercampor buah durian. Memang sedap sesekali menjamah nya... nak pulak kalau dimusim musim hujan ni kan.. he...he...
Semalam setelah selesai lunch Kakintan pun mula lah merebus kacang hijau... sebab bila BOSS balik petang nanti, bubur kacang kegemaran nya dah siap terhidang... kadang kadang siap beli roti Gardenia untuk dibuat cecahan pulak tu. Entah lah masing masing punya selera kan. Ikutkan aje lahhh...ok lah Kak Intan nak sambung pula kerja kerja menjahit langsir yang dah mula menimbun tu... Lain waktu jumpa disini lagi...salam dan bye...bye....

2 ulasan:

  1. saya pun teringin nk mkn bubur kcg durian. mana nak cari yek..?? kena JJCM ptg nanti.hehe

    BalasPadam
  2. bestnya kakintan,
    saya pun dah buat minggu lepas, makan bila dah sejuk memang best cecah ngan roti kosong...yumy

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...