30 Julai 2010

PELITA ALADDIN....

Salam semuanya dan selamat malam. Hari ni rumah Kakintan agak sunyi sebab 2 orang daripada isi rumah keout station... jadi tak ada nak buat apa apa Kakintan ambil kesempatan ni untuk meletak entry ini.
Jumaat lepas Sofea Jane (Jue) datang kerumah Kakintan untuk menghantar pelita aladin ini. Sebenarnya pelita ni Kakintan order dari Eija (Ulatpelita.blogspot.com) beberapa bulan dahulu. Kebetulan masa Eija turun keAmcorp Mall Kakintan ada urusan lain , jadi kami tak sempat bertemu, jadi pelita tu dia serahkan pada Jue,begitu lah perjalanan hidup pelita Aladin ni sebelum masuk kat atas rak dirumah Kakintan ni...Terima kasih Eija dan terima kasih juga pada Jue, sebab datang kerumah semata mata menghantar pelita tersebut. Dah la hantar pun tak naik kerumah pun ....sembang kat parking kereta je he...he...gara gara rumah Kakintan yang duduk dilangit ke7 tu he..he....ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan buat kali ini... salam dan bye...bye....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...