21 Ogos 2010

MENU REPEAT DI10 RAMADHAN...

Salam, semalam kita semua telah pun melepasi 1/3 daripada bulan Ramadhan yang sedang kita lalui, alhamdulillah setakat ini Kakintan sekeluarga tidak menghadapi apa apa masaalah setakat ini. Syukur juga kepada Nya kerana diberikan kesihatan baik dalam mengerjakan salah satu ibadah yang diberkan olih Nya... Apa pun macam biasa lah Kakintan nak berkongsi menu berbuka puasa di10 Ramadhan semalam.. He..he...macam biasa menu menu repeat aje...selain dari memakan buah kurma, Kakintan cuma masak nasi seperti hari hari biasa. Memang pada tahun ini Kakintan dah tanam niat dihati tak nak terlalu membazir, seperti yg sudah sudah memandangkan harga barang barang juga meningkat naik.
Ok lah ini lah dia nya menu Kakintan semalam iaitu nasi putih, ayam masak padprik dan juga ulam timun, serta Kakintan tambah telor masin. Masak biasa biasa sahaja.

Air yang Kakintan sediakan semalam jus orange, biasanya anak anak Kakintan suka minum air kacang soya, tak apa lah sesekali buat jus orange la pula. Kakintan pula suka minum teh o panas2, maklumlah kalau minum air batu dibulan puasa ni badan terasa lesu nanti..


Dalam pada tu Kakintan buat sedikit puding kastad sebagai makanan pencuci mulut, sedap juga ianya dimakan dengan fruit cocktail kalau disejukkan dahulu didalam fridge.

Ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan petang ini...jumpa lagi dilain waktu, salam dan selamat menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan....bye.. bye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...