27 Januari 2011

MENU 2 DALAM 1..

Salam.
Jumpa lagi didalam entry menu yang seterus nya, kali ni menu yang Kak Intan masak semalam (Rabu). Bukanlah menu special sangat pun cuma yang biasa biasa sahaja. Masak kari ayam tanpa santan...kalau bolih tak nak selalu sangat guna santan sekarang ni...almaklumlah kan... dah masuk usia macam Kak Intan ni penyakit pun senang nak datang....jadi mana yang bolih dikurangkan kena lah kurangkan.
Selalunya kalau Kak Intan tak guna santan Kak Intan gantikan dengan cili sos dan juga oyster sos supaya pekat kuah nya, satu lagi bila dah letak dua bahan ni Kak Intan tak payah gunakan air asam lagi sebab sos chili yang digunakan tu dah masam masam manis.
Bila dah ada kari ayam yg pekat pekat gini teringin pulak nak makan lempeng kelapa, kebetulan stok kelapa parut pun banyak, apa lagi melempeng la Kak Intan pada sebelah petang nya. Lempeng ni Kak Intan gunakan mejerin pula masa memasaknya dalam kuali, sebelum dileperkan dalam kuali tu Kak Intan lenserkan majerin terlebih dahulu. Jadi tak payah letak garam dalam bancuhan tepong tadi sebab majerin tu tadi dah terasa masin.
Jadi inilah dia juadah minum petang Kak Intan semalam lempeng kelapa yang dicicah dengan kuah kari ayam pekat tanpa santan. Sesiapa yang nak mencuba bolih la membuat nya. Ok sampai disini dulu ya. Salam dan jumpa lagi, insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...