25 Januari 2011

PUDING KELAPA NONA.

Salam,
Jumpa lagi dalam entry menu yang Kak Intan masak beberapa hari yang lepas sebagai dessert. Kali ini Kak Intan masak puding kelapa segera, dari jenama NONA. Memang senang sangat nak buat puding ni. Kata kawan Kak Intan , pejam mata pun bolih buat he...he..jangan pejam2 mata, kelain nanti jadinya..
Dah biasa beli puding segera ni. Nak buat nya sekejap sahaja...setiap kotak tu hanya perlukan 2 cawan air yang dipanaskan dalam periuk kecil... bila air nya panas sikit masukkan serbuk nya kedalam periuk tersebut, kacau sampai serbuk tu larut dan mendidih, angkat kemudian sejukkan, dah siap untuk dihidangkan sekejap saja kan.

Rasanya pun bolih tahan, sesiapa nak mencuba pun bolih,kat sini Kak Intan ada sertakan contoh kotak PUDING KELAPA NONA ni. Uikkkk...macam buat iklan la Kak Intan ni, tak de lahhh...saje je nak share share mana yang bolih kita kongsikan ya...ok sampai disini dulu catatan Kak Intan buat kali ini..salammm dan jumpa lagi dientry seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...