
Selamat bertemu lagi dipagi Jumaat yang mulia ini. Sarapan apa ye pagi ni? Kak Intan pun tak tahu lagi apa yang nak dibuat sarapan hari ni. Silap silap haribulan turun kepasar beli aje yang dah siap tu kan. Takat nak makan sorang tak berbaloi rasanya kalau nak masak. Entry kali ni tentang buah tangan yang Kak Intan dapat dari Safura yang berkunjung kerumah Kak Intan malam Selasa yang lepas...ini pertemuan Kak Intan dengan Safura semenjak mengenali nya melalui FB. Maaflah gambar nya tak dapat Kak Intan paparkan sebab tak dapat "permit" dari Safura. Masa dia datang kerumah Kak Intan ini lah buah tangan yang dibawanya untuk Kak Intan..kuih tepung bungkus, atau pun nama yang diberikan olih sipembuat nya PUTERI DUA SEBILIK.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan