08 April 2011

KUIH TALAM UBI.

Assalamualaikum,
Selamat tengahari , dah siap masak ke belum kawan kawan yang bergelar surirumah, agaknya tentu tengah sibuk buat persiapan untuk menyediakan makanan tengahari sekeluarga. Lepas fikir fikir makan tengah hari mesti nak fikir untuk minum petang pulak ya..
Ini menu minum petang dirumah Kak Intan dihari Isnin yang lepas, iaitu kuih talam ubi...Memang dah lama sangat tak makan kuih ni..jadi hari tu cuba cuba lah meringan kan tangan kalau2 menjadi... jum tengok apa bahan bahan nya.. sebelum tu nak bagi tahu juga kat sini resepinya Kak Intan ambil dari website Che De Sam Fotopages (http://mamaera.fotopages.com/?entry=1526889), terima kasih ya berkongsi resepi disini...ok jum tengok resepi nya...

Bahan bahan:-

Lapisan bwh:

200g gula melaka
200ml air
800g ubi kayu

Lapisan atas:

400 ml pati santan
3/4 camca teh garam
80g tepung gandum
1 camca besar tepung beras

Cara-cara:

1. Larutkan gula melaka bersama air di atas api yg kecil.Tapis dan biarkan sejuk.
2. Parut ubi kayu .Perah air ubi kayu dgn kain muslin utk hilangkan pahit.Ketepikan ubi kayu parut, biarkan air ubi kayu mendap dlm 10minit dan buang airnya.simpan kanji ubi kayu.
3. Gaul ubi kayu parut, sedikit kanjinya dan gula yg telah disejukkan. Pindahkan ke dlm loyang dan kukus 20 minit di atas air mendidih.
4. Campurkan santan,garam,tepung gandum dan beras- gaul sebati bhn2 ini. Tapis.
5. Apabila lapisan ubi kayu tlh masak,keringkan wap air dgn tuala kertas.Tuang lapisan santan dan kukus lagi 20minit sehingga masak.

Inilah resepi yang Che De Sam gunakan, pada Kak Intan rasanya memang sedap dan menepati citarasa. Sekali lagi Kak Intan nak ucap berbanyak2 terima kasih pada Mamaera, dan halalkan resepi yang Kak Intan ambil ini ya. Selamat mencuba dan wassalammm...


4 ulasan:

  1. masa kak intan tayang gambar kuih ni kat fb leleh air saya kak intan...

    ni resepi da ada saya nak kene try ni. nampak cam senang cumi tang nak cari ubi kayu tu yang payah skit. nak kene tunggu minggu depan la kot. nak kene pi pasar besar kat rome ni. cumanya agak jauh dr rumah saya. sebulan sekali baru pi pasar. then beli barang banyak2 buat stok selama sebulan =)

    BalasPadam
  2. salam Izan...alahai kesian pulak baca komen Izan ni...kalau dekat dah hantar barang sepiring Izan...tak apa tu ada resepinya Kak Intan dah letak ..kalau teringin bolih la buat..ooo ye ke Izannn...tak apa lah kalau gitu..nanti dah buat jangan lupa tayang ya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...