26 April 2011

PUDING LAICI WARNA WARNI.

Assalamualaikum,
Bertemu lagi kita dimalam hari ini, dah makan malam ke belum ni. Sambil sambil berehat seisi keluarga jum layan gambar gambar puding laici yang Kak Intan buat Sabtu lepas, kebetulan hari tu ada kawan kawan dari FB datang berkunjung kerumah, jadi Kak Intan buat lah puding laici ni sebagai makanan pencuci mulut dipetang hari, kebetulan pula cuaca petang tu panas terik. Seronok juga menyediakan puding ni, tengah tengah memasak datang idea nak buat lain sikit dari yang lain, bahan bahan yg digunakan sama je cuma bunga yang ditengah nya tu Kak Intan letak pewarna yang digemari dan dibekukan didalam acuan yang digemari. Bila dah beku keluarkan dan kemudian nya dimasukkan pula kedalam bekas puding yang sesuai yang mengandungi bahan dan warna asal yang masih belum membeku lagi maka terhasil lah sebagaimana yang anda semua lihat dalam gambar ni..itu sahaja caranya. Resepi nya Kak Intan ambil dari blog seorang kawan blogger juga...iaitu tukang masak terkenal Kak Hanieliza.
Jum tengok apa bahan yang Kak Hanieliza gunakan,

Bahan bahannya:
10 gram agar agar- Kak Intan gunakan agar agar serbuk
1 tin susu cair
1.5 liter air ( Kak Intan kurangkan airnya)
1.5 cawan gula (Kak Intan kurangkan juga gulanya)
2 tin laici (asingkan airnya)

Caranya:-
Masakkan air bersama sama dengan serbuk agar agar tadi hingga mendidih , masukkan gula masak hingga larut, Kak Intan camporkan sedikit esen vanila dan juga air kacang soya kedalam larutan ini serta campurkan susu cair. Bila mendidih angkat, bahagikan pada dua bahagian kalau suka untuk dibuat seperti yg KakIntan lakukan, sebahagian dibiarkan warna asal, dan yang sebahagian lagi Kak Intan letak warna kegemaran Kak Intan dan disejukkan terlebih dahulu didalam acuan kecil2 berbentuk bunga. Sebahagian lagi yang bewarna asal tadi letakkan pula didalam bekas puding yg bersesuaian, bila yg berwarna warni tadi sudah betul2 beku celupkan pula didalam bekas puding tadi yang masih cair lagi. Sejukkan, bila siap hidangkan dengan dengan laici diatas nya dan tuangkan air sirap laici diatasnya, siap untuk dimakan, selamat mencuba, Wassalam jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...