
Jumpa kita lagi dientry seterusnya... Kali ini Kak Intan nak kongsi cerita semasa singgah dirumah Mak Jah diParit Raja Batu Pahat Johor... dalam perjalanan pulang dari Skudai Kak Intan dan keluarga juga sempat singgah dirumah Mak Jah. Mak Jah ni pengumpul pinggan mangkok lama dan juga peminat deco ala Inggeris. Kak Intan kesini bersama sama dengan Yang Othman dan suami nya. Kak Yang ni sebenar nya datang dari majlis perkahwinan staff nya di Segamat dari Segamat Kak Yang terus keKluang kerumah seorang lagi kawan peminat barang barang English deco... Pagi tu Kak Yang pepagi lagi dah call Kak Intan ajak jumpa diSegamat...tapi masaalah nya Kak Intan tak dapat nak ikut sama sebab suami Kak Intan tolong memasak dirumah kakak nya hari tu yg buat majlis perkahwinan anak nya... jadi kami berjanji untuk sama sama bertemu dirmah Mak Jah
Dah agak lewat petang Kak Intan sekeluarga bertolak balik dari Skudai.... dalam cuaca hujan renyai renyai nya...siap sesat sana sesat sini lagi..akhirnya dah jam 9 malam kami baru sampai dirumah Mak Jah... memang best datang situ...seronok sebab suasana kampong nya. Masok kerumah Mak Jah ni penuh dengan koleksi pinggan mangkuk lama terutama bunga kangkong..leka Kak Intan dibuat nya..bukan main banyak lagi.... jum tengok jumm..

wah k.intan datang ke parit raja?? kalu la ku tahu..boleh ke jumpa?? nak jumpa real life..hikhik
BalasPadamcomei sungguh rumah
BalasPadamseronoknya kak intan..jln2 jumpa rakan maya.comey rmh makjah tu..:)
BalasPadam