
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu, apa khabar? Dah lama benar rasa nya tak meletak entry entry baru diblog ni. Terima kasih pada kawan kawan yang tak putus putus sudi menjengah blog Kak Intan ini. Oh ya...pada kawan kawan blogger yang berugama Islam salam Maal Hijrah juga Kak Intan ucapkan. Sempena menyambut tahun baru Islam yang baru lepas juga Kak Intan dan suami agak sibuk juga, sibuk menolong keluarga abang ipar yang baru menerima menantu lelaki nya . Majlis nya berlansong bermula 25 November iaitu pada hari Jumaat malam Sabtu iaitu majlis pernikahan anak bongsu abang ipar Kak Intan ini dan pada hari Sabtu nya pula majlis berlansong nya persandingan mereka bertempat di Pinggiran Batu Caves. Alhamdulillah dalam cuaca yang amat baik majlis berlansong dengan meriahnya, ramai sahabat handai dan juga saudara yang datang.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan