25 Januari 2012

CUTI2 MALYSIA-MELAKA

Assalamualaikum,
Selamat pagi semua, apa khabar hari ni?... Harap harap kawan kawan blogger semuanya sihat sihat belaka ya. Dah breakfast ke?... Pagi ni Kak Intan breakfast dengan roti sardin sekeping dan secawan teh panas, alhamdulillah kenyang dah. Sambil sambil tu jum layan gambar gambar Kak Intan dan keluarga diMelaka sempena cuti Tahun Baru China hari tu.

Masa dalam perjalanan pergi keMelaka awalnya jalan tak lah sesak sangat dengan kenderaan tapi bila sampai sahaja berdekatan dengan tol Senawang kenderaan dah mula banyak, risau juga kalau kalau jammed, alhamdulillah tak pulak, cuma perjalanan agak perlahan maklumlah sempena OPERASI SIKAP, sepanjang jalan ada sahaja kamera tersembunyi he...he.... silap silap haribulan kalau melebihi had nanti jenuh kena saman. Sayang duit melayang gitu je kan...
Sampai diMelaka lebih kurang kul 1 tengahari, terus ke rumah Yang Othman dulu sebab dah janji nak kerumah nya. Dari rumah Yang , Kak Intan dan keluarga dibawa olih Yang dan suami ketepi pantai, adussssss best nya dapat angin laut, tenang rasanya, tengahari tu kami menjamu selera ditepi laut. Memang Kak Intan dah janji dengan Yang , kalau keMelaka mesti nak makan nasi dengan lauk asam pedas yg terkenal kat sana... errrrmmmm apa lagi tengahari kami makan asam pedas ikan kembong dan juga ikan cencaru...memang sedap pun siap menghirup kuah lagi he...he... ada juga ulam ulaman dan sambal belacan...paling berkenan tengahari tu ada pulak sayur pisang muda masak lemak cili padi...wauuuuuuu memang best.

Lepas makan kami rehat rehat sekejap tepi pantai kat Pengkalan Balak tu ambil angin petang pula... Hari tu pulak bukan main ramai pengunjung nya, mungkin disebab kan cuti sempena CNY bersekali dengan cuti sekolah yang agak panjang jadi masing masing bawa keluarga bercuti ditepi tepi pantai sambil makan makan dan juga mandi manda.
Ok sampai disini dulu catatan Kak Intan pagi ni... jumpa lagi dientry seterusnya, wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...