09 Januari 2012

WALIMATULURUS ANAK KAK LIAH DISINGAPORE..


Assalamualaikum,
Selamat petang semua, dah minum petang ke.... sambil sambil minum petang ni Kak Intan letak kan entry terbaru Kak Intan juga. Entry tentang pemergian Kak Intan ke Singapore beberapa hari yang lepas, tujuan utama nya kami kesana kerana memenuhi undangan majlis perkahwinan anak Kak Kamaliah Idrus dan juga suami nya En. Mokhtar diPusat Komuniti Kg Ubi Geylang, Singapura. Kami kemajlis tersebut lebih kurang jam 12 tengahari. Kak Intan pergi bersama Yang Othman dan suami nya En Faizal dan juga Kak Hidayah Yusoff. Sampai ditempat tersebut dah ramai rupa rupanya kawan kawan yang menunggu. Sorry.... sebab agak terlambat sikit.
Inilah antara kawan kawan yang sama sama pergi kemajlis tersebut, mereka kebanyakkan nya memang orang Singapore yang kami kenali melalui FB.
Sempat juga posing dengan pasangan pengantin baru. Semasa pengantin diatas pelamin salah seorang yang menyumbangkan suara ialah penyanyi tahun 60han Hamidah Buang...wahhhhh...masih sedap lagi suara nya menyanyi.
Dan dimajlis tersebut Kak Intan sempat juga bertemu dengan penyanyi Rahimah Rahim yang datang bersama sama suami nya.mesti nak ambil gambar kan he...he....
Seorang lagi rakan FB yang ditemui ialah Osman Sha.... adusss tak sangka ya...
Dan akhir sekali dengan Kak Rosni Tubin, kecil molek aje orang nya, hanya Datin Jamilah yang Kak Intan tak sempat jumpa... tak apa lah maybe lain kali aa rezeki kita jumpa ya...
Sampai disini dulu celoteh kak Intan petang2 ni ...sampai jumpa lagi, wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...