19 Februari 2012

JALAN JALAN DI MID VALLEY..


Assalamualaikum,
Selamat malam, bercerita pasal jalan jalan diMid Valley semalam, bukan nya apa, Kak Intan dan family kesitu bersebab juga...salah satu Kak Intan nak survey tempat ni The Garden Cafe Lifestyle and Store yang terletak ditingkat 1 ni. Kak Intan survey kerana dalam beberapa bulan lagi Kak Intan dan group akan mengadakan satu majlis perjumpaan yang merupakan setiap tahun kami ada kan. Insyaallah rasa nya tempat ni menjadi pilihan pada kali ini. Ramai juga yang suka dengan suasana nya.
Tempat nya pun agak luas kalau untuk menampong sekitar 60 orang rasanya. Pemandangan sekitarnya juga sangat lah sesuai kerana ianya terletak dibahagian tepi bangunan dengan dinding kaca jadi pemandngan juga tak lah terhad didalam sahaja.
Paling seronok tempat ini berkonsepkan English Garden, sebab kami asal nya dari peminat peminat decor ala Inggeris.. harap harap kawan kawan yang lain juga selesa dengan konsep taman ini.
Ini ditempat yang paling atas sekali, kata pihak Garden Cafe diatas hanya bolih memuatkan sekitar 40 orang ...tapi tak apa kat mana mana pun bolih sebab dah memang sesuai dan selesa dah ni..




Kat depan pintu masuk juga disediakan sebuah piano...sesiapa yang pandai bermain dengan piano dipersilakan untuk memainkan nya secara percuma, janji pandai he...he...
Ok lah lepas ni Kak Intan nak survey tentang harga dan juga menu yang disediakan nya...Jumpa lagi dientry seterusnya... wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...