22 Februari 2012

TINGKAP LAMA JANGAN DIBUANG.


Assalamualaikum,
Selamat malam semua... masa Kak Intan singgah dirumah seorang kawan diPaya Jaras, Sg Buloh Selangor.... hati Kak Intan terpikat dengan lukisan2 folkart yang dilukis diatas tingkap tingkap lama yang terbuang. Kata tuan punya rumah ini Puan Siti Noor... tingkap2 tersebut dikutip nya dari sebuah rumah lama yang dah lama ditinggalkan. Kemudian papan papan tingkap ini Siti Noor hantar pada geng geng yang pandai dalam seni folkart ini... tengok lah hasilnya sangatlah membanggakan. Siapa sangka dari tingkap burok dijadikan hiasan disekitar dinding rumah Puan Siti Noor ini. Siti Noor juga sebahagian dari peminat peminat dekorasi ala Inggeris. Baru baru ini juga rumah nya terpilih menghiasi sebahagian dari majallah Seri Dewi dan Keluarga untuk bulan March ini.... kalau tak percaya bolih beli dikedai2 yang menjualnya....

Bukan setakat papan papan tingkap yang dilukis dengan folkart ini tetapi barang barang lain juga Siti Noor hantar dan upah kepada kawan kawan lain yang sememang nya mahir dalam lukisan ini....

Ok lah cuci mata dulu ye dengan papan tingkap yang dah siap dilukis ini, mana tahu esok lusa kalau anda pula terjumpa barang2 lain yang bolih dijadikan hiasan bolih lah ianya dijadikan seperti ini juga .... bukan setakat cantek dipandang malah cantek dijadikan hiasan didinding.

Ini antara lukisan yang paling Kak Intan minati... hadoiiiii...memang la cantek cantek semuanya.

Kata Siti Noor lagi setiap keping dari tingkap tingkap ini berbeza orang yang melukis nya, harga nya juga berbeza...antara serendah $150 - $400 ... apa pun memang kreatif sangat kan. Ok lah sampai disini dulu sembang Kak Intan malam ini, jumpa lagi dilain entry, wassalam.



16 ulasan:

  1. Salam KakIntan. Memang hebat... malang nya kalau ada pun tingkap lama tu, Along tak pandai nak melokis....

    BalasPadam
  2. Kak Intan,
    waaa cantik dan kreatip..tapi kita tak pandai nak buat sampai cantik gitu..hihihi pasnih banyak laa tingkap rumah lama yang kena simpan....

    BalasPadam
  3. emmm....suka idea ni...hebat.!...

    BalasPadam
  4. w/salam Along Ros...samala kita...kak Intan juga tak pandai melukis...dah lama sangat tinggalkan bidang ni

    BalasPadam
  5. Kak Asmah... he...he... betul tu...kalau dah kreatif apa pun jadi yg burok jadi cantek

    BalasPadam
  6. Izan mama mia.... betul tu ...bolih kita jadikan sebagai contoh

    BalasPadam
  7. Sallam K Intan,

    Selamat malam...
    Emmm...memang cantik lukisan tu,
    Intan tau tak mana nak belajar Folkart ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba contact disini...salah seorang yg mahir dengan FA http://www.facebook.com/norhasikin.hasnol

      Padam
  8. Salam K. Intan,

    Saya silent reader blog K.Intan. Sunggoh menarik tingkap2 yang dipaparkan. Kebetulan saya ada 2 keping tingkap lama dari rumah Arwah Datuk. Boleh K.Intan beri alamat atau contact untuk buat folkart ni?(Puan Siti Noor atau direct)
    To Lipislady, ada seorang Datin, saya lupa nama dia, di SACC Mall, Shah Alam yang mengajar Folkart ni every Tuesday afternoon. Datin mengajar aje tak ambik tempahan semasa saya tanya dulu.
    Dari Maznah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama.... saya tak mendapat izin dari Siti Noor untuk menulis contact no nya disini ..apa pun bolih aje berhubung dengan Siti Noor melalui inbox kat FB dengan menggunakan nama nya seperti yang saya sebutkan http://www.facebook.com/profile.php?id=100000554544130

      Padam
    2. Terima Kasih K.Intan.

      Padam
  9. isyh cantik sunggoh.,...sgt2 cantik

    BalasPadam
  10. Ina Zamri...betul tu akak pun leka dengan FA yg dihiasi tu

    BalasPadam
  11. LIPISLADY....
    antara yang Kak Intan tahu yg selalu buka kelas2 FA ni macam Puan Norana Ghazali dan juga Norhasikin Hasnol dn juga Diah Wahab... cuba masuk kat FB diorang guna nama nama yang saya sebutkan ni...mereka memang terror dalam lukisan FA

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...