Assalamualaikum,
Jalan jalan bersama suami di Maju Junction mencari sebuah butik tempat Kak Intan selalu beli pakaian kat situ, rupa rupanya dah ditutup butik tu. Butik tu bukan lah jual pakaian yang mahal mahal sangat pun atau branded pakaian nya. Cuma pakaian pakaian yang dijual bersesuaian dengan citarasa Kak Intan, harga nya pun mampu milik bagi semua orang macam Kak Intan yang hanya seorang suri rumah tangga ni.
Entah macam mana terpandang kat sebuah lagi deretan kedai kat situ yang menjual baju baju ala English Victorian, ada yang diperbuat dari lace kesemuanya, tapi mata Kak Intan terpandangkan pada sehelai balus yang sangat Kak Intan minati. Dah tau dan dapat agak kalau pakai pun setakat muat sahaja dan kurang selesa. Tapi memandangkan fesyen nya tu agak klassik dan cantek Kak Intan beli juga. Memadi lah dengan harga nya yang tak la mahal sangat.Balik rumah cuba la pakai, memang sah tak muat he...he... gantung je la kat hanger tu dan sangkutkan topi kat atas nya...adussss jadi penghias almari je la agak nya baju ni.... nak pakai memang tak muat...
Apa pun Kak Intan nak jadikan koleksi je la nampak nya sebagai koleksi tambahan dalam dekorasi ala Inggeris dirumah Kak Intan. jum tengok bahagian depan baju ni...penoh dengan renda dan juga lace je kan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan