28 Oktober 2012

MUFFIN CHOKLAT CHIP.

 Assalamualaikum, 
Selamat petang Isnin. Dah makan tengahari ke? Kalau sudah alhamdulillah , kalau belum cepat cepat pergi makan sebelum perut masuk angin nanti susah pulak kan. Tambah tambah kalau yang ada penyakit gastrik tu jangan biarkan perut kosong, jadual makan juga kena lah ikut. Semalam Kak Intan datang angin rajin, tetiba teringat nak masak muffin choklat chip ni... masa balik dari rumah kenduri semalam terus ajak suami ke Taman Melawati beli bahan nya nya dikedai BAGUS. Memang kedai itu lah selalu nya kak Intan dapatkan bahan untuk membaking senang semuanya ada dalam satu kedai.

Masuk kedai BAGUS ni bolih buat pilihan ...nak buat cara mana?.. he...he... Kak Intan ni selalu nya ambil yg SEGERA sahaja. Dikedai ni ada menjual bahan bahan membuat muffin yang dah siap dicampor bahan bahan yang diperlukan, cuma nya bila kita nak buat cuma tambahkan air, telor dan juga minyak jagung atau pun majerin/butter (ikut pilihan masing2 kalau nak sedap bolih letak butter, air pula biasa nya Kak Intan gantikan dengan susu segar ang dalam kotak tu. Campurkan bahan bahan tadi ikut sukatan yang dah ditetapkan seperti yg tertera pada pembalut nya itu.. dah siap bancuh... masukkan dalam oven yg dah dipanaskan 180 C selama 20 minit. ok siap...




1 ulasan:

  1. Amboi....dapnya...sekata je naiknya adunan tu....msti sedap nie....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...