20 November 2012

ADUS.... KALAU DAH TERJEBAK SAMA PANTANG JUMPA...

 Assalamualaikum 
Selamat pagi semua, apa khabar? sambil sambil menunggu mesin basuh buat kerja dia kat belakang tu Kak Intan nak share la sikit hasil yang Kak Intan dapat hujung minggu hari tu. Dah lama sebenar nya tak layan pinggan mangkuk lama lama ni, tapi bila setiap kali masuk keGroup PML (Pinggan Mangkuk Lama ) diFB hati meronta ronta sama untuk mengumpulkan nya...tambah tambahan pula bila tengok otai otai PML ni dapat koleksi koleksi lama yang cantek cantek apa lagi... hati berbunga bunga kembali untuk sama sama mengumpulkan nya.

Hujung minggu lepas, Kak Intan dan suami pergi menziarah kematian jiran sekampong suami, balik singgah kerumah abang ipar, tengok tengok dalam gobok lama arwah abang ipar koleksi koleksi ni terbiar begitu sahaja. Ermmm...apa lagi buka la mulut pada biras Kak Intan agar koleksi ni Kak Intan saja yang jadi pewaris nya he..he... Kata biras Kak Intan ambil je la apa yang dihajati...haizzz rezeki tu apa lagi..cepat cepat kumpul , cari kertas surat khabar balut2 masuk plastik beg, terus je letak dalam bonet kereta.

Sampai je kerumah sendiri terus kocak2 air panas yang dicampurkan sedikit clorox dan rendam ... aduiiii ...ini lah hasil nya..

Kak Intan pun tak tahu apa nama nya koleksi ni tapi dalam cawan ni ada gambar perempuan Jepun yang dipanggil Gheisha (ishhh..betul ke ejaan Kak Intan ni ya...kalau tak betul ejaan dan sebutan nya tu minta ampun la banyak2) he..he...maklumlah baru nak berjinak jinak semula...

Ok lah sampai disini dulu ya kita sembang sembang nanti kita jumpa lagi dengan cerita lain pula, sampai jumpa lagi wassalam.



2 ulasan:

  1. cantik la kakIntan... dari disorok dalam gobok lebih baik dipamerkan, untung la kakIntan dapat biras yg baik hati dan tak kedekut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ibuintan..terima kasih.. he..he... sebenarnya koleksi2 koleksi ni dah jadi antik sekarang ..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...