14 Januari 2014

ALHAMDULILLAH SYUKUR.... SEMUANYA DAH SELESAI., BERMULA DENGAN MAJLIS BERTUNANG PADA 4 MAY 2013

 Assalamualaikum,
Salam maulidur Rasul dan selamat bertemu kembali buat rakan rakan blogger semua disini, Dah beberapa bulan tak updated blog. Kak Intan agak sibuk sejak kebelakangan ini, sehingga lah selesai majlis perkahwinan anakanda sulong Kak Intan baru2 ini.... alhamdulillah segala nya berjalan lancar. Syukur pada Allah SWT kerana anakanda Kak Intan dan pun selamat bernikah dan bergelar seorang suami. Harapan dari Kak Intan serta keluarga moga rumah tangga yang dibina diberkati Allah didunia dan akhirat dan kekal hingga akhirhayat dan Jannah.



Majlis bermula sejak beberapa bulan yang lepas, didahului dengan majlis merisik, majlis merisik kami adakan disebuah restoran diJalan Ampang, dah nama nya merisik jadi majlis nya hanya dihadiri olih kedua ibu bapa pihak perempuan. Syukur alhamdulillah, selesai majlis merisik kami adakan pula majlis bertunang. Semasa majlis bertunang pihak kami membawa 6 dulang hantaran termasuk 2 bentuk cincin- sebentuk cincin merisik dan sebentuk lagi cincin pertunangan.


 Ada juga beberapa barang iringan yang kami sertakan sepert kek, pakaian, kasut, buahbuahan, dan juga choklat. Majlis ini kami adakan sehari sebelum piliharaya berlangsung iaitu pada 4 May 2013. Alhamdulillah majlis pertunangan juga berjalan dengan lancar.

Sebahagian dari hantaran yang kami bawa dari Kuala Lumpur, menuju keJohor Bharu... sepasang kasut, kain untuk sepasang baju...



Sebiji kek, tapi tu lahhh... he...he... perjalanan agak jauh kek ni cedera sikit topping nya..

Inilah antara rombongan pertunangan yang menghantar keJohor Bharu, tempohari..

Rombongan dari pihak Kak Intan diketuai olih sepupu suami Kak Intan  iaitu Encik Rous Din dan juga sepupu Kak Intan dari Singapura, Encik Hassim Sitam dan juga isteri nya Zahara Bee.
Alhamdulillah majlis pertunangan selamat disempurnakan waktu itu dalam tempoh yang telah dibincangkan dan ditentukan berapa lama ianya di ikat.Ok selesai sudah bab pertunangan, nanti kita sambung lagi dengan majlis yang seterus nya, Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...