15 Januari 2014

MAJLIS RESEPSI DITASIK TITIWANGSA 11 JANUARY 2014- TEMA ENGLISH VINTAGE

Assalamualaikum,
Selesai sudah majlis perkahwinan anakanda Kak Intan diJohor Bharu, minggu berikut nya diadakan pula majlis bagi pihak Kak Intan diTaman Tasik Titiwangsa. Bermula jam 12 tengahari , para jemputan mula sampai, alhamdulillah teman teman rakan taulan jauh dan dekat semua nya datang, begitu juga saudara mara adik beradik jauh dan dekat juga datang. Kak Intan rasa sangat terharu dengan kedatangan mereka semua, apa pun Kak Intan terlebih dahulu mohon ampun dan maaf jika ada kekurangan sana sini, dari segi layanan, makan dan minum dan juga apa jua tanpa kami sedari... sekali lagi kami sekeluarga mohon ribuan ampun dan maaf. Diperingkat permulaan ternampak juga kawan kawan sama sama aktif dalam Band Booster dulu Puan Gie dan anak saudara nya, serta jiran jiran tetangga yang tinggal berdekatan dengan rumah Kak Intan.

Tetamu tetamu dari sebelah pihak keluarga perempun  juga sampai awal hari tu..

Saudara mara yang datang dari jauh diJohor Bharu...

 Rakan rakan FB antara nya Ema Hj Abd Rahman dan Umee Nazri.. 


Rakan facebook paling lama sejak dari zaman Forum My Resepi lagi kami berkenalan seterus nya kelaman blog iaitu Hamsiah Junid aka Rain Purple. 

Dan antara VIP yang datang juga hari tu ialah Dato Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Wangsa Maju serta kawan kawan yang sama bergiat dengan Dato. Terima kasih Dato sudi hadir dimajlis kami untuk memeriahkan nya lagi.


Antara orang kuat Kak Intan yang sama sama membantu dalam majlis hari tu Azie, Mia dan juga Faridah, dari Johor Bahru sampai keTasik Titiwangsa diorang lah yang banyak membantu Kak Intan sekeluarga. Terima kasih sangat2 juga dari kami sekeluarga..


Teman teman dan juga rakan FB iaitu Noraihan Gausmiah, Hjh Azni Miswari dan Suriyani Sulaiman yang datang dari seberang Tambak Johor iaitu Singapura, juga Chinta Amani aka Nurzila sekeluarga dari Seremban 2. terima kasih banyak2 sudi datang kemajlis ini... seronok sangat Kak Intan tapi apakan daya sebagai tuan rumah tak dapat nak berborak lelama he...he...


Ini pula antara teman teman zaman sekolah suami Kak Intan, ini hanya sebahagian dari mereka yang datang dalam 60 orang kesemuanya. Alhamdulillah mereka pun dapat bertemu dan berkumpul dimajlis ini. Kesemua mereka ini dari SMK Batu Jln Ipoh.Kuala Lumpur.


Oh yer... yang ini juga teman yang kenal dari zaman Forum My Resepi juga Nizza Mohd Noor, yang datang bersama suami tersayang dan juga anak nya...


Untuk meraikan tetamu yang datang kami selang selikan majlis dengan live band dari Truvox Band olih saudara Wan Razzali, Kak Intan suka dengan nyanyian nya, kalau nak tengok lagi diorang ni perform bolih tengok didepan Kompleks SOGO atau pun kelab2 sekitar KL.


Paling tak sangka dapat jumpa Sue Joshua yang datang sekeluarga juga, alhamdulillah kan Sue selalu kita berborak kat wall FB jer, tetiba muncul depan batang hidung akak he...he... thank q thank q... Sue sudi datang.


Yang ni pula juga rakan blogger, Dr Ina Harlina Mohd Ali, kami ni tinggal tak jauh tapi susah juga nak jumpa.. he..he.. kan Ina kan..maklumlah masing2 sibuk dengan hal masing2.


Ini pula rakan rakan dan juga jiran setaman, selain tu aktif diFB, antaranya Salbiah, Azie, Zah, Umi Ayu, Rohani Jaafar dan juga SIti Aishah, terima kasih semua datang kemajlis anakanda Kak Intan tempohari yer.


Seronok tengok gambar ni warna warni pakaian diorang , mereka ni semua rakan2 suami Kak Intan dari X-MARA HOLDING.

Dan diorang ni pula rakan2 anak anak Kak Intan dari group NAZA MOTOR... mereka yang mengiringi rombongan pengantin pada hari tersebut dari Hotel Sri Pasifik ke Taman Tasik Titiwangsa. Ok sampai disini dulu nanti kita sambung lagi cerita... sebenar nya masih ramai lagi tetamu2 yg hadir hari tu tapi tak dapat nak dimasukkan kesemuanya disini  gambar2 mereka. Ok Kak Intan undurkan diri terlebih dahulu. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...