![]() |
Dah siap sepenuh nya tunggu yer Kak Intan poskan... |
Assalamualaikum,
Alhamdulillah bertemu lagi, kali ini nak cerita hasil kerja tangan menjahit Kak Intan, nampak nya walau pun hari raya telah pun berlalu tempahan masih banyak lagi yang Kak Intan perlu siapkan terutama nya sarung stool (kerusi bulat) menggunakan kain corak gingham. Ada pelbagai warna Kak Intan terima tempahan, paling ramai sukakan warna hijau /putih dan juga merah/putih. Kebanyakkan yang menempah ada lah kawan kawan yang sama sama berminat dengan gaya ala english country (kedesaan Inggeris) . Seronok pulak menjahit bila dah tengok macam macam warna macam ni.
![]() |
Tinggal tambah jahitan getah disekeliling nya. |